{"id":19385,"date":"2023-11-28T21:23:48","date_gmt":"2023-11-28T21:23:48","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=19385"},"modified":"2023-11-28T21:23:48","modified_gmt":"2023-11-28T21:23:48","slug":"wakaf-satu-instrumen-perekonomian-diperkasa-dan-diperluas-skopnya-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wakaf-satu-instrumen-perekonomian-diperkasa-dan-diperluas-skopnya-di-sabah\/","title":{"rendered":"Wakaf satu instrumen perekonomian diperkasa dan diperluas skopnya di Sabah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Wakaf sebagai salah satu instrumen perekonomian turut diperkasa dan diperluaskan skopnya, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.<\/p>\n<p>Menurutnya, satu lot bangunan empat tingkat dan sebuah klinik wakaf bergerak telah pun sempurna diserahkan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini.<\/p>\n<p>Katanya, Dana Tunai Wakaf Am, Pendididikan, Kesihatan dan Pembangunan telah pun dilancarkan dengan penyertaan yang baik terutamanya pewakafan secara Pemotongan Gaji Bulanan secara tetap dan sistematik.<\/p>\n<p>Penggunaan secara digital telah mempermudahkan ibadah berwakaf tunai ini di laksanakan, katanya pada ucapan penggulungan Belanjawan 2024 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, MUIS telah membuktikan komitmen tinggi dalam pengurusan kewangan bila berjaya mendapatkan Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara selama tiga tahun berturut-turut bermula pada tahun kewangan 2019, 2020 dna 2021.<\/p>\n<p>Katanya, untuk Penyata Kewangan bagi tahun 2022 telah selesai diaudit dengan mengikut segala keperluan yang telah ditetapkan. Keputusan Sijil Audit akan diumumkan selepas mendapat kebenaran dari Ketua Audit Negara.<\/p>\n<p>&#8220;Kemampuan pengurusan yang cekap ini juga di buktikan dengan penganugerahan sijil ISO 9001-2015 yang telah pun diperolehi oleh MUIS sejak tahun 2021 lagi.<\/p>\n<p>&#8220;Selain berjaya mensifarkan hutang yang ada agensi ini juga mengukuh dan meningkatkan prestasi kewangan setiap tahun melalui portfolio pelaburan yang terlibat dalam industri perbankan, perladangan dan sewaan hartanah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Arifin berkata, dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup golongan asnaf, MUIS telah melaksanakan Program Zakat Zero to Hero bermula tahun 2023 seiring dengan aspirasi SMJ.<\/p>\n<p>Katanya, MUIS telah berjaya memberikan pekerjaan 100 peratus kepada keseluruhan peserta yang menyertai program ini dengan peserta adalah terbuka kepada kalangan asnaf, pelajar tahfiz dan Belia B40.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau berkata, Melalui Aspirasi Ketua Menteri dalam ucapan dewan Undangan Negeri, MUIS dalam proses mewujudkan Kolej Islam di Negeri Sabah yang akan direalisasikan dalam tempoh terdekat.<\/p>\n<p>Menurutnya, MUIS dalam hal ini, akan bekerjasama dengan institut pengajian tinggi awam dan swasta dari segi mengadakan program-program pilihan yang sangat diperlukan di pasaran.<\/p>\n<p>Katanya, ini bagi memastikan Aspirasi Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan dengan jayanya dan melalui kerjasama pintar ini halatuju pelajar-pelajar ini akan dapat ditentukan<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Wakaf sebagai salah satu instrumen perekonomian turut diperkasa dan diperluaskan skopnya, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":19386,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-19385","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19385"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19385\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19387,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19385\/revisions\/19387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19386"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}