{"id":19926,"date":"2023-12-18T00:22:53","date_gmt":"2023-12-18T00:22:53","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=19926"},"modified":"2023-12-18T00:22:53","modified_gmt":"2023-12-18T00:22:53","slug":"bersukan-tidak-halang-atlet-pecut-negara-nur-aishah-rofina-genggam-ijazah-di-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bersukan-tidak-halang-atlet-pecut-negara-nur-aishah-rofina-genggam-ijazah-di-ums\/","title":{"rendered":"Bersukan tidak halang atlet pecut negara, Nur Aishah Rofina genggam Ijazah di UMS"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kesibukan sebagai atlet olahraga negara tidak menghalang Nur Aishah Rofina Aling untuk menggenggam segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25 baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian ini, beliau mula berkecimpung dalam sukan sejak di bangku sekolah rendah dan meneruskannya di sekolah sukan.<\/p>\n<p>Kemudian pada tahun 2014, beliau mengikuti latihan olahraga secara persendirian yang lebih spesifik untuk melatih dirinya menjadi lebih baik.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun banyak perkara yang terpaksa dikorbankan dari segi masa, wang dan tenaga namun ia akhirnya berbaloi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Aishah menjadikan ratu pecut negara Zaidatul Husniah sebagai sumber inspirasinya untuk terus melakar kejayaan yang aktif dalam bidang sukan, beliau gigih menamatkan pengajiannya dan akhirnya menjadi alumni UPM.<\/p>\n<p>Ketika ditanya bagaimana cara beliau membahagikan masa antara pelajaran dan sukan, beliau berkata disiplin dan pengurusan masa yang baik adalah sangat penting.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan membuat jadual untuk membahagikan masa saya untuk belajar dan latihan. Kalau kelas saya pada waktu pagi, saya akan membuat latihan pada waktu petang,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau juga menyatakan detik yang mencabar sepanjang berada dalam sukan ialah dari segi pembahagian masa.<\/p>\n<p>&#8220;Saya harus bijak memberikan perhatian sepenuhnya antara bidang akademik dan sukan,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>Penglibatan terbaik beliau sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu mewakili Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou, China.<\/p>\n<p>Beliau pernah memenangi pertandingan 4\u00d7100m dan mendapat tempat ketiga dan membawa balik pingat gangsa pada Sukan SEA Cambodia.<\/p>\n<p>Selain itu, pencapaian terbaiknya ialah mencatat rekod terbaru iaitu 11.90s bagi acara lari pecut 100m dan berjaya memenangi pingat emas pada MAF Track and Field Championship 2023.<\/p>\n<p>Anak kelahiran Sandakan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapanya, rakan-rakan dan orang sekeliling kerana sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dari aspek akademik mahupun sukan.<\/p>\n<p>Atlet olahraga ini menyatakan bahawa perancangan beliau setelah menamatkan pengajian adalah fokus dengan bidang yang diminatinya iaitu sukan.<\/p>\n<p>\u201cJanuari 2024 ialah kejohanan pertama. Misi utama saya agar dapat memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m wanita,\u201d katanya bersemangat.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kesibukan sebagai atlet olahraga negara tidak menghalang Nur Aishah Rofina Aling untuk menggenggam segulung ijazah pada Majlis&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":19927,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-19926","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19926","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19926"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19926\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19928,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19926\/revisions\/19928"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19927"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19926"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19926"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19926"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}