{"id":20019,"date":"2023-12-22T01:37:22","date_gmt":"2023-12-22T01:37:22","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=20019"},"modified":"2023-12-22T01:37:22","modified_gmt":"2023-12-22T01:37:22","slug":"74-pengusaha-di-dalam-kawasan-taman-banjaran-crocker-mendapat-sijil-lot-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/74-pengusaha-di-dalam-kawasan-taman-banjaran-crocker-mendapat-sijil-lot-komuniti\/","title":{"rendered":"74 pengusaha di dalam kawasan Taman Banjaran Crocker mendapat Sijil Lot Komuniti"},"content":{"rendered":"<p>KENINGAU : Seramai 74 pengusaha dalam kawasan Taman Banjaran Crocker Mukim Bunga Raya, Keningau menerima Sijil Komuniti, semalam.<\/p>\n<p>Ia disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan.<\/p>\n<figure id=\"attachment_20021\" aria-describedby=\"caption-attachment-20021\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-20021\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/IMG_3798-300x200.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/IMG_3798-300x200.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/IMG_3798-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/IMG_3798-768x512.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/IMG_3798-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/IMG_3798-820x545.jpeg 820w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/IMG_3798-600x400.jpeg 600w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/IMG_3798.jpeg 2048w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-20021\" class=\"wp-caption-text\">Jeffrey Kitingan<\/figcaption><\/figure>\n<p>Berucap pada majlis itu, beliau berkata aktiviti penerokaan kebun di dalam kawasan mukim Bunga Raya, Taman Banjaran Crocker telah lama berlarutan.<\/p>\n<p>Katanya Taman-taman Sabah mengambil pendekatan mewujudkan hubungan \u201csimbiotik\u201d yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.<\/p>\n<p>Menurutnya pemegang Sijil Lot Komuniti di dalam kawasan Taman akan mendapat faedah mempunyai jaminan hak bercucuk tanam di kawasan yang diberi sijil.<\/p>\n<p>Tambahnya, Sijil Lot Komuniti boleh diwariskan kepada keluarga terdekat, peserta tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Taman-Taman, 1984 selagi mematuhi Peraturan-Peraturan dan Syarat Sijil Lot dan pemegang Permit boleh dan layak memohon bantuan subsidi dari mana-mana Jabatan atau agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.<\/p>\n<p>&#8220;Pengurusan Taman-Taman Sabah, pengawalan dan perlindungan kawasan Taman akan menjadi lebih berkesan dengan bantuan komuniti dari Mukim Bunga Raya.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga ingin menekankan bahawa hubungan dan kerjasama dengan komuniti bagi melindungi sumber kawasan Taman juga dapat dipertingkatkan sama ada melalui program-program pemuliharaan, pelaporan kes-kes pencerobohan dalam kawasan Taman dan yang lebih penting penglibatan komuniti bagi menguatkuasakan Enakmen Taman-Taman 1984,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jeffery berkata di samping itu ia dapat memberikan kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan perlindungan sumber kawasan Taman untuk generasi masa kini dan mendatang.<\/p>\n<p>Menurutnya komuniti merupakan kumpulan terawal bertindak menghalang atau melaporkan kepada pihat pengurusan Taman sekiranya berlaku sebarang kegiatan bercanggah dengan Enakmen Taman-taman.<\/p>\n<p>&#8220;Pemberian Sijil Lot Komuniti itu sejajar dengan Pelan Strategik Taman-Taman Sabah yang mana antaranya ialah mewujudkan keharmonian simbiotik antara Taman dengan semua pihak berkepentingan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata Taman-Taman Sabah bertanggungjawab melindungi sembilan kawasan Taman di seluruh Negeri Sabah dan salah satunya ialah Taman Banjaran Crocker yang mempunyai keluasan 139,919 hektar yang menyamai dua kali ganda Pulau Singapura.<\/p>\n<p>Katanya taman itu merupakan salah satu daripada Taman daratan yang terbesar di Sabah, berdasarkan kepada pewartaan di bawah Enakmen Taman-Taman 1984.<\/p>\n<p>Lebih menarik lagi, katanya, kawasan Banjaran Crocker dan sekelilingnya dengan keluasan 350,584 hektar telah diisytiharkan sebagai Rizab Biosfera Banjaran Crocker (RBBC) di bawah Program UNESCO \u2018Manusia dan Biosfera (MaB).<\/p>\n<p>Jeffery sekali lagi menyeru kepada semua komuniti kampung untuk bersama-sama memastikan Banjaran Crocker terus dilindungi dan diurus dengan pengurusan bertaraf antarabangsa.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENINGAU : Seramai 74 pengusaha dalam kawasan Taman Banjaran Crocker Mukim Bunga Raya, Keningau menerima Sijil Komuniti, semalam. Ia disampaikan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":20020,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-20019","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20019","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20019"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20019\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20022,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20019\/revisions\/20022"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20020"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20019"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20019"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20019"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}