{"id":21070,"date":"2024-02-06T04:05:33","date_gmt":"2024-02-06T04:05:33","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=21070"},"modified":"2024-02-06T04:05:33","modified_gmt":"2024-02-06T04:05:33","slug":"penghasilan-padi-deerah-tambunan-meningkat-11-peratus-pada-tahun-2023","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penghasilan-padi-deerah-tambunan-meningkat-11-peratus-pada-tahun-2023\/","title":{"rendered":"Penghasilan padi deerah Tambunan meningkat 11 peratus pada tahun 2023"},"content":{"rendered":"<p>TAMBUNAN: Daerah Tambunan menunjukkan peningkatan penghasilan padi 11 peratus pada tahun 2023 berbanding tahun 2022.<\/p>\n<p>Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata, penanaman padi adalah satu aktiviti ekonomi yang menguntungkan dan merupakan asas makanan keperluan manusia untuk hidup.<\/p>\n<figure id=\"attachment_21071\" aria-describedby=\"caption-attachment-21071\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-21071\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/e34114e7-3ce3-4654-8fda-ebc685db2531-300x200.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/e34114e7-3ce3-4654-8fda-ebc685db2531-300x200.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/e34114e7-3ce3-4654-8fda-ebc685db2531-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/e34114e7-3ce3-4654-8fda-ebc685db2531-768x512.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/e34114e7-3ce3-4654-8fda-ebc685db2531-820x545.jpeg 820w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/e34114e7-3ce3-4654-8fda-ebc685db2531-600x400.jpeg 600w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/e34114e7-3ce3-4654-8fda-ebc685db2531.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-21071\" class=\"wp-caption-text\">Jeffrey G. Kitingan<\/figcaption><\/figure>\n<p>Katanya, Sabah mengimport beras tidak kurang daripada 550 tan metrik bernilai RM550 juta setahun.<\/p>\n<p>&#8220;Jumlah wang tersebut menjadi pendapatan petani sekiranya dapat menghasilkan jumlah beras yang diperlukan,&#8221; katanya di Majlis Pelancaran Penanaman Padi Luar Musim menggunakan benih padi High Yielding Variety (HYV) TR8 di Daerah Tambunan, semalam.<\/p>\n<p>Jeffery yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tambunan berkata, benih-benih padi HYV TR8 turut diberikan kepada para peserta program dengan harapan dapat menggandakan pengeluaran hasil padi di Tambunan.<\/p>\n<p>\u201cKita berharap ini akan memulakan proses modernisasi pertanian di daerah Tambunan dan Sabah amnya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya 4,000 hektar tanah ditanam dengan padi, ia boleh menghasilkan 16 ribu tan padi atau 10 ribu tan beras dengan nilai jualan mencapai RM26 juta setahun dan merupakan sumber pendapatan para petani,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, untuk mencapai penghasilan beras yang tinggi para petani perlu menerima perubahan alur minda daripada tradisi kebiasaan kepada modern yang melibatkan pengamalan teknologi dalam penanaman padi, berfikiran secara komersial dan pengeluaran padi secara berkelompok.<\/p>\n<p>Katanya, petani harus menerima penanaman benih padi baharu yang akan menghasilkan lebih banyak padi,<\/p>\n<p>\u201cKedua ialah menerima perubahan cara menanam padi, yang mana kita perlu menggunakan mesin untuk membajak dan menanam,<\/p>\n<p>\u201cYang ketiga, mengubah sikap kita yang mengeluarkan hasil secara sendirian atau berasingan. Cara lama perlu diubah supaya dapat menggunakan cara modern dan mekanisasi, dan pengurusan secara komersial,<\/p>\n<p>\u201cMaka itu penghasilan lebih banyak, pengurusan lebih mudah dan pendapatan lebih komersial,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menjawap soalan wartawan mengenai lawatan rasmi rombongan MAFFI ke PLS Marketing (M) Sdn Bhd, Sekinchan, Selangor untuk meneroka cara pengelolaan penanaman padi, beliau berkata, model penanaman padi di Sekinchan amat baik untuk diterimapakai di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu kita akan buat pilot projek mini Sekinchan di Tambunan, dan kita akan melawat tempat itu selepas majlis ini\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Pengarah Pertanian Jifrin Mohamad memperingatkan tentang kemasukan masalah \u201cpadi angin\u201d di Sabah disebabkan pembawaan benih padi dari luar.<\/p>\n<p>Beliau menggesa para petani bekerjasama untuk tidak membawa benih pertanian ke Sabah tanpa melalui saluran yang betul.<\/p>\n<p>Jifrin berkata, daripada 2,064 hektar keluasan yang aktif untuk penanaman padi di Daerah Tambunan, telah berlaku penurun kepada hanya 1,200 hektar yang ditanam pada 2022.<\/p>\n<p>Katanya, keluasan yang ditanam pada tahun 2023 telah meningkat kepada sekitar 1,460 hektar yang mana turut meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negeri.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAMBUNAN: Daerah Tambunan menunjukkan peningkatan penghasilan padi 11 peratus pada tahun 2023 berbanding tahun 2022. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":21072,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-21070","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21070","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21070"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21070\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21073,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21070\/revisions\/21073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21072"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21070"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21070"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21070"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}