{"id":21176,"date":"2024-02-10T03:30:09","date_gmt":"2024-02-10T03:30:09","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=21176"},"modified":"2024-02-10T03:30:09","modified_gmt":"2024-02-10T03:30:09","slug":"seorang-remaja-lelaki-ditemui-maut-dipercayai-lemas-akibat-kepenatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/seorang-remaja-lelaki-ditemui-maut-dipercayai-lemas-akibat-kepenatan\/","title":{"rendered":"Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai lemas akibat kepenatan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUDAT: Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai lemas akibat kepenatan ketika cuba berenang menuju ke kawasan tanah (pulau) di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik dalam jarak 50 meter dari tebing sungai berdekatan Empangan Milau, Jalan Garau, Kudat petang tadi (9 Feb).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.01 petang tadi mengenai kejadian itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMenurut maklumat daripada saksi iaitu kawan mangsa, difahamkan seramai lima orang termasuk mangsa datang ke tempat kejadian untuk tujuan memancing.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMangsa bersama kawan-kawan berenang ke kawasan tanah (pulau) di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik yang mempunyai jarak anggaran dalam 50 meter daripada tebing sungai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam perjalanan (berenang) ke tempat tersebut, mangsa tenggelam dan lemas akibat kepenatan berenang manakala tiga mangsa lagi terkandas di kawasan tanah (pulau) tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSetibanya pasukan bomba ditempat kejadian, mangsa yang terkandas telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah surface di sepanjang tepi sungai untuk mencari mangsa yang dilaporkan lemas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPada jam 5 petang unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Kudat memulakan operasi selaman di kawasan mangsa dilaporkan lemas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMangsa berjaya dijumpai oleh PPDA pada jam 5.40 petang di kedalaman 11 kaki di lokasi tempat dia lemas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMangsa yang dikenali Ryan berusia 16 tahun, seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 6 petang,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUDAT: Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai lemas akibat kepenatan ketika cuba berenang menuju ke kawasan tanah (pulau) di tengah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":21177,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-21176","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21176","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21176"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21176\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21178,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21176\/revisions\/21178"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21177"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21176"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21176"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21176"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}