{"id":21309,"date":"2024-02-17T02:10:27","date_gmt":"2024-02-17T02:10:27","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=21309"},"modified":"2024-02-17T02:10:27","modified_gmt":"2024-02-17T02:10:27","slug":"pemain-industri-perlu-jalin-kerjasama-erat-dengan-motac-untuk-bangunkan-sektor-pelancongan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pemain-industri-perlu-jalin-kerjasama-erat-dengan-motac-untuk-bangunkan-sektor-pelancongan\/","title":{"rendered":"Pemain industri perlu jalin kerjasama erat dengan MOTAC untuk bangunkan sektor pelancongan"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN : Pemain industri pelancongan perlu menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha membangunkan sektor pelancongan negeri masing-masing.<\/p>\n<p>Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ia termasuk kementerian dan lembaga pelancongan di peringkat negeri serta sektor swasta yang juga perlu lebih agresif terlibat bersama (MOTAC) dalam mengenalpasti destinasi yang boleh dinaiktaraf sebagai produk pelancongan.<\/p>\n<figure id=\"attachment_21310\" aria-describedby=\"caption-attachment-21310\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-21310\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/c7b947b9-7d2a-44f0-8239-ebe03d2dbc32-300x200.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/c7b947b9-7d2a-44f0-8239-ebe03d2dbc32-300x200.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/c7b947b9-7d2a-44f0-8239-ebe03d2dbc32-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/c7b947b9-7d2a-44f0-8239-ebe03d2dbc32-768x512.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/c7b947b9-7d2a-44f0-8239-ebe03d2dbc32-820x545.jpeg 820w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/c7b947b9-7d2a-44f0-8239-ebe03d2dbc32-600x400.jpeg 600w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/c7b947b9-7d2a-44f0-8239-ebe03d2dbc32.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-21310\" class=\"wp-caption-text\">Tiong King Sing merasmikan Majlis Pesta Tahun Baharu Cina 2024 di perkarangan Pasar Mawar di sini, semalam.<\/figcaption><\/figure>\n<p>\u201cMOTAC sentiasa komited membantu membangunkan mana-mana kawasan yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan. Tetapi, paling mustahak adalah semua pemain industri mesti mahu bekerjasama tidak kira di peringkat sektor kerajaan mahupun swasta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pesta Tahun Baharu Cina 2024 di perkarangan Pasar Mawar di sini, semalam.<\/p>\n<p>Hadir sama, Timbalan Menteri MOTAC, Khairul Firdaus Datuk Akhbar Khan, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin dan Pengerusi Penganjur, Dato Chew Kok Woh.<\/p>\n<p>Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 masing-masing untuk Parlimen Sandakan dan Parlimen Batu Sapi bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah-sarap.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tahap kebersihan di kedua-dua kawasan parlimen itu masih banyak yang perlu diperbaiki sekiranya mahu menarik lebih ramai kehadiran pelancong luar.<\/p>\n<p>\u201cKalau mahu mensasarkan kehadiran pelancong, MOTAC sedaya-upaya akan membantu mempromosi Sabah kepada negara-negara luar. Tetapi, pihak parlimen dan rakyatnya juga perlu memainkan peranan termasuk menjaga kebersihan di kawasan masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya bagi peruntukan untuk dua parlimen ini untuk membersihkan kawasan masing-masing. Mungkin tidak cukup tetapi mula dahulu. Saya berharap agar kerja-kerja pembersihan ini berterusan dan bukan pula mula hari ini dan esok sudah berhenti,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Ketika ditanya mengenai kemasukan penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Sandakan, Tiong berkata sektor pelancongan daerah perlu bersedia sepenuhnya sebelum menerima kehadiran pelancong luar dalam skala besar.<\/p>\n<p>Jelasnya, MOTAC sentiasa mempromosi daerah-daerah di Sabah termasuk Sandakan kepada negara luar, bagaimanapun adakah daerah ini sudah bersedia dari segi perhotelan, restoran, logistik dan produk pelancongan lain.<\/p>\n<p>\u201cMemang kita nampak di Semenanjung ada beberapa penerbangan charter, penerbangan tambahan dan penerbangan dijadualkan daripada sektor yang baharu.<\/p>\n<p>\u201cSabah juga tidak terkecuali seperti baru-baru ini ada penerbangan charter dari Nanjing, China ke Tawau. MOTAC berhasrat untuk membawa wakil-wakil rakyat di Sabah bagi mempromosi negeri ini kepada negara luar bukan sahaja China tetapi juga negara di Timur Tengah dan negara Asia lain,\u201d jelasnya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN : Pemain industri pelancongan perlu menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha membangunkan sektor&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":21311,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-21309","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21309","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21309"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21309\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21312,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21309\/revisions\/21312"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21311"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21309"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21309"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21309"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}