{"id":21351,"date":"2024-02-20T08:24:01","date_gmt":"2024-02-20T08:24:01","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=21351"},"modified":"2024-02-20T08:24:01","modified_gmt":"2024-02-20T08:24:01","slug":"program-mobiliti-giacc-perkukuh-kerjasama-strategik-ums-dan-hannam-university-korea-selatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/program-mobiliti-giacc-perkukuh-kerjasama-strategik-ums-dan-hannam-university-korea-selatan\/","title":{"rendered":"Program Mobiliti GIACC Perkukuh Kerjasama Strategik UMS dan Hannam University, Korea Selatan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU:<\/span><span class=\"s2\"> Program Mobiliti Global Industry &#8211; Academia Cooperation Collaboration (GIACC) ke Hannam University (HNU), Korea Selatan sekumpulan pensyarah dan pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua universiti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Penyelaras Mobiliti FPEP, Datu Razali Datuk Datu Eranza berkata, GIACC merupakan salah satu aktiviti kerjasama mobiliti yang dijalankan FPEP melalui Unit Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (UPPPK), <\/span><span class=\"s3\">Association to Advance Collegiate Schools of Business<\/span><span class=\"s2\"> (AACSB) FPEP, dan Program Mobiliti FPEP bersama HNU yang berasaskan pendekatan program berkredit \u201cCapstone Design\u201d HNU.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cProgram ini merupakan lawatan balas bagi menghargai 16 warga HNU yang terdiri daripada lapan orang Profesor dan lapan pelajar universiti tersebut yang telah melawat UMS pada bulan Disember tahun lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKerjasama sedemikian memberikan ruang dan platform untuk para pelajar dan pensyarah berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai pengurusan perniagaan antarabangsa Malaysia dan Korea Selatan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena kunjungan delegasi UMS ke HNU yang bermula semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Razali memaklumkan, Pengurus Capstone Design HNU-UMS, Profesor Peter Lee Jae Myeong yang menyelaras lawatan tersebut telah merancang pelbagai program syarahan, lawatan industri dan kerja berkumpulan sepanjang lawatan kerja lima hari tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cProgram GIACC yang berasaskan Capstone Design sememangnya menggalak dan melatih para pelajar dalam perniagaan antarabangsa, berdasarkan latar belakang yang berbeza bidang dan pengalaman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cMelalui program sedemikian, pelajar dan pensyarah dapat menjalinkan hubungan antarabangsa bukan sahaja dengan rakan strategik akademik tetapi juga merangkumi penglibatan industri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni sekali gus membolehkan fakulti di kedua-dua buah universiti menambah baik keperluan pengajaran dan pembelajaran berasaskan industri, yang pada akhirnya akan melahirkan siswa-siswi berfikiran kritis dan holistik,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Tambah beliau, Pengarah Leaders in Industry-University Cooperation 3.0 HNU, Profesor Dr. Won Gu Hwan ketika mengalu-alukan kehadiran delegasi UMS turut menyatakan harapan agar lebih banyak kunjungan antara kedua-dua pihak dapat diadakan dari semasa ke semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cHasil perbincangan dalam mesyuarat mobiliti mengharapkan agar universiti dan rakan industri di Daejon, Korea Selatan dan di Sabah akan terus memberikan sokongan bagi menjayakan GIACC Capstone Design HNU dan UMS pada masa akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cDelegasi HNU dijangka akan melawat UMS pada bulan Jun tahun ini yang dijangka akan disertai oleh para profesor, pensyarah dan siswa-siswi universiti tersebut,\u201d ujar beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Selain Razali, turut terlibat dalam program tersebut Pengarah AACSB, Rosle Mohidin dan tujuh pelajar FPEP.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Program Mobiliti Global Industry &#8211; Academia Cooperation Collaboration (GIACC) ke Hannam University (HNU), Korea Selatan sekumpulan pensyarah dan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":21352,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-21351","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21351","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21351"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21351\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21353,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21351\/revisions\/21353"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21352"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21351"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21351"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21351"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}