{"id":21421,"date":"2024-02-24T02:19:39","date_gmt":"2024-02-24T02:19:39","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=21421"},"modified":"2024-02-24T02:19:39","modified_gmt":"2024-02-24T02:19:39","slug":"sesb-lapor-polis-jenayah-curi-elektrik-di-kg-hidayat-tawau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sesb-lapor-polis-jenayah-curi-elektrik-di-kg-hidayat-tawau\/","title":{"rendered":"SESB lapor polis jenayah curi elektrik di Kg Hidayat Tawau"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah mencuri bekalan elektrik atau membuat penyambungan haram.<\/p>\n<p>Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, terbaru pihaknya telah membuat laporan polis terhadap perbuatan jenayah tersebut yang didapati berleluasa selepas membuat tinjauan di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas Tawau.<\/p>\n<p>&#8220;Saya bersama Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dan Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Mohd Yaakob Jaafar telah mengadakan tinjauan di kampung ini pada Khamis.<\/p>\n<p>&#8220;Asalnya, tinjauan yang disertai pemimpin tempatan termasuk ketua Kampung, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta pengurusan SESB bertujuan untuk melihat kesesuaian pelaksanaan \u00a0\u2018Independent Power Distributor\u2019 (IPD).<\/p>\n<p>&#8220;Namun, ketika berada di lokasi, kami melihat sambungan haram secara terang-terangan hampir di setiap rumah. Kita mengambil serius akan perbuatan jenayah ini, dan sebuah laporan polis telah dibuat di balai polis Bombalai siang tadi,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Madius berkata, penyambungan haram menyebabkan kerugian besar kepada SESB selain mengancam keselamatan orang awam.<\/p>\n<p>&#8220;Akibat perbuatan mencuri di kampung ini, SESB kerugian RM183,156 sebulan. Pada masa yang sama, aktiviti jenayah boleh mengakibatkan risiko kebakaran dan renjatan elektrik kepada orang awam.<\/p>\n<p>&#8220;Sehubungan itu laporan polis dibuat bertujuan penyiasatan dan pendakwaan di pihak Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan pihak polis.<\/p>\n<p>&#8220;Saya juga memohon, orang ramai yang melihat perbuatan jenayah seumpama ini walau di mana sekali pun untuk tampil membuat laporan polis.<\/p>\n<p>&#8220;Perbuatan mencuri elektrik antara faktor penyebab gangguan bekalan tenaga di Sabah. Mari kita sama-sama membanteras jenayah ini bersama-sama,&#8221; jelas Madius.<\/p>\n<p>Untuk rekod, walaupun baru memasuki bulan ke-8 sebagai Pengerusi SESB, Madius telah mengadakan pendekatan mesra pengguna dengan mengambil cadangan dan pandangan melalui pelbagai program dialog dan sesi bersama pemimpin masyarakat dan wakil-wakil rakyat.<\/p>\n<p>Beliau juga kerap turun padang untuk mengalami dan melihat sendiri kepayahan penduduk di kawasan-kawasan yang menghadapi bekalan tenaga kritikal.<\/p>\n<p>Selain itu, Ahli Parlimen Tuaran ini juga komited untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah dengan memupuk budaya kerja 1SESB 1Tujuan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah mencuri bekalan elektrik&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":21423,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-21421","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21421","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21421"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21421\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21424,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21421\/revisions\/21424"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21423"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21421"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21421"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21421"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}