{"id":22612,"date":"2024-04-08T00:13:30","date_gmt":"2024-04-08T00:13:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=22612"},"modified":"2024-04-08T00:13:30","modified_gmt":"2024-04-08T00:13:30","slug":"paadian-terus-perjuang-bangsa-dan-tamadun-agar-tidak-pupus-dr-yusof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/paadian-terus-perjuang-bangsa-dan-tamadun-agar-tidak-pupus-dr-yusof\/","title":{"rendered":"PAADIAN terus perjuang bangsa dan tamadun agar tidak pupus &#8211; Dr Yusof"},"content":{"rendered":"<p>SIPITANG: Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) akan terus memperjuangkan bangsa dan tamadun agar tidak pupus ditelan zaman.<\/p>\n<p>Presiden persatuan itu, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ia antara lain dalam aspek budaya, adat resam, bahasa untuk diteruskan oleh generasi akan datang.<\/p>\n<p>Katanya, bangsa Kadayan unik dengan ada di empat wilayah di negeri ini, Sarawak, Labuan dan Brunei serta di Indonesia.<\/p>\n<p>&#8220;Istilah Kadayan ini unik dan bahasanya tidak sama dengan bahasa bangsa lain,&#8221; katanya pada program Ziarah Ramadan PAADIAN di Masjid Jamek Pekan Mesapol, semalam.<\/p>\n<p>Pada program itu, Dr Yusof turut menyampaikan sumbangan persatuan itu kepada 10 asnaf serta berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan terawih bersama ahli jawatankuasa masjid dan penduduk setempat.<\/p>\n<p>Hadir sama, Naib Presiden PAADIAN Zulhilmi Asbi dan Pengerusi Masjid Jamek Pekan Mesapol Abd Rahman Mohd Noh.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, persatuan itu mahu anak-anak bangsa Kadayan terus berjaya dalam bidang pelajaran dan pekerjaan yang diceburi termasuk dalam sektor awam.<\/p>\n<p>Katanya, ketika ini sudah ramai anak-anak Kadayan berjaya dalam bidang itu antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong).<\/p>\n<p>&#8220;Ini kita tidak mahu ketinggalan..kita juga mahu di bidang politik, bakat penyanyi, tilawah dan lain-lain lagi.Ini perjuangan kita (PAADIAN),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, PAADIAN juga mempunyai tanah seluas lapan ekar di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).<\/p>\n<p>Katanya, ia akan digunakan untuk menjana pendapatan persatuan antaranya membina bangunan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Dr Yusof berkata, persatuan juga ada memohon tapak tanah daripada Kerajaan Negeri khususnya di tepi jalan Lebuhraya Pan Borneo.<\/p>\n<p>Beliau berharap sebuah Kompleks Kadayan di tepi laluan Lebuhraya Pan Borneo dapat dibina dengan kemudahan tempat berniaga dan lain kemudahan antaranya surau.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SIPITANG: Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) akan terus memperjuangkan bangsa dan tamadun agar tidak pupus ditelan zaman. Presiden persatuan itu, Datuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":22613,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-22612","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22612","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22612"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22612\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22614,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22612\/revisions\/22614"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22613"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22612"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22612"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22612"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}