{"id":22649,"date":"2024-04-10T02:33:50","date_gmt":"2024-04-10T02:33:50","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=22649"},"modified":"2024-04-10T02:33:50","modified_gmt":"2024-04-10T02:33:50","slug":"peringatan-agong-kepada-rakyat-sehari-sebelum-aidilfitri-wajar-diberi-perhatian-serius-jeffrey-nor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/peringatan-agong-kepada-rakyat-sehari-sebelum-aidilfitri-wajar-diberi-perhatian-serius-jeffrey-nor\/","title":{"rendered":"Peringatan Agong kepada rakyat sehari sebelum Aidilfitri wajar diberi perhatian serius &#8211; Jeffrey Nor"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sehari sebelum perayaan Aidilfitri, yang mengingatkan seluruh rakyat Malaysia memperalatkan isu sensitif bagi kepentingan mana-mana pihak adalah tepat pada masanya dan wajar diberikan perhatian serius.<\/p>\n<p>Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor berkata, sememangnya benar, sejak akhir-akhir ini terdapat pihak tertentu<br \/>\ntidak bertanggungjawab yang cuba menaikkan kemarahan rakyat, termasuk di Sabah dengan memainkan pelbagai isu sensitif termasuk mengaitkan UMNO Sabah dengan unsur ekstrimis dan keganasan.<\/p>\n<p>Menurut Jeffrey gambaran yang diberi terhadap UMNO Sabah sama sekali tidak benar hanya semata-mata kelantangan ketua pemuda UMNO Malaysia membangkitkan isu stokin tertera kalimah Allah dijual di KK Mart.<\/p>\n<p>&#8220;Seperti yang dititahkan oleh Agong, UMNO Sabah sentiasa mendukung politik berhemah dan menolak politik ekstrimis.<\/p>\n<p>&#8220;Pemimpin dan ahli UMNO Sabah juga cintakan keamanan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian kaum,&#8221; katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Jeffrey berkata UMNO sudah bertapak hampir 33 tahun di Sabah, dan melebarkan sayap ke Sabah atas permintaan rakyat negeri ini sendiri sekitar 90an.<\/p>\n<p>Untuk rekod, antara pemimpin yang menyokong penuh UMNO dahulu ialah Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Hajiji Noor, Datuk Masidi Manjun dan Datuk Seri Anifah Aman.<\/p>\n<p>&#8220;Sepanjang tempoh tiga dekad itu, tiada isu yang mengaitkan UMNO Sabah dengan amalan ekstrimis dan keganasan.<\/p>\n<p>&#8220;Namun terdapat pemimpin bukan UMNO yang kreatif mengambil kesempatan untuk mengaitkan Sabah dengan amalan ekstrimis dan mengajak rakyat Sabah tolak UMNO&#8230;ada di kalangan pemimpin yang sudah ditolak rakyat dan cuba memainkan isu kebencian terhadap UMNO supaya kelihatan relevan dalam arena politik Sabah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Agong menasihati semua pihak memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni. Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrim dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman. Bukan hanya UMNO dan DAP, tetapi semua parti, titah Agong.<\/p>\n<p>Sementara itu, Jeffrey menyeru orang ramai mengeratkan silaturahim, perpaduan dan sentiasa menjaga kesihatan di musim perayaan ini.<\/p>\n<p>\u201cKami dalam UMNO dengan rasa rendah diri dan gembira mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sehari sebelum perayaan Aidilfitri, yang mengingatkan seluruh rakyat Malaysia memperalatkan isu sensitif&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":18854,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-22649","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22649","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22649"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22649\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22650,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22649\/revisions\/22650"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18854"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22649"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22649"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22649"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}