{"id":22668,"date":"2024-04-12T00:50:24","date_gmt":"2024-04-12T00:50:24","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=22668"},"modified":"2024-04-12T00:50:24","modified_gmt":"2024-04-12T00:50:24","slug":"miyolon-ensambiyan-aidilfitri-2024-kg-darau-manggatal-asas-masyarakat-madani-berteraskan-perpaduan-rakyat-yang-lestari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/miyolon-ensambiyan-aidilfitri-2024-kg-darau-manggatal-asas-masyarakat-madani-berteraskan-perpaduan-rakyat-yang-lestari\/","title":{"rendered":"Miyolon Ensambiyan Aidilfitri 2024 Kg. Darau Manggatal asas masyarakat madani berteraskan perpaduan rakyat yang lestari"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">Oleh : Dr Jakaria Dasan<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span><span class=\"s2\">Miyolon <\/span><span class=\"s1\">adalah kosakata Bahasa Dusun yang sama maksudnya dengan <\/span><span class=\"s2\">ensambiyan<\/span><span class=\"s1\"> dari kosakata Bahasa BajauSama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kedua-duanya merujuk kepada pertukaran barang dari satu pihak kepada pihak yang lain. Dalam konteks program Miyolon-Ensambiyan Aidilfitri yang diadakan secara tahunan pada setiap kali hari raya aidilfitri kedua di Kampung Darau, Manggatal, Sabah.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_22669\" aria-describedby=\"caption-attachment-22669\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22669\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/b90df606-de0c-478c-82d2-7279f34aa1f6-300x225.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/b90df606-de0c-478c-82d2-7279f34aa1f6-300x225.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/b90df606-de0c-478c-82d2-7279f34aa1f6-768x576.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/b90df606-de0c-478c-82d2-7279f34aa1f6.jpeg 960w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22669\" class=\"wp-caption-text\">Miyolon Ensambiyan Aidilfitri 2024 Kg. Darau Manggatal asas masyarakat madani berteraskan perpaduan rakyat yang lestari.<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ia membawa maksud Miyolon-Ensambiyan ditakrifkan sebagai aktiviti jual beli melibatkan hasil tanaman dan pelbagai hasil darat yang lain dari komuniti etnik Dusun dan lain-lain dengan kuih muih tradisi komuniti etnik BajauSama yang tinggal di Kampung Darau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program yang diadakan secara tahunan dan mendapat publisiti peringkat negeri dan kebangsaan ini mula dilaksanakan secara sistematik sejak tahun 2019.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini melibatkan komuniti Kampung Darau, komuniti-komuniti sekitar Manggatal dan beberapa daerah berhampiran dengan suntikan inovasi ilmu dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini telah mula diadakan secara tahunan secara rasmi pada tahun 2019. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut berperanan penting dalam menjayakan program ini adalah pimpinan tempatan termasuklah ADUN kawasan dan Ahli Parlimen serta para pemimpin masyarakat setempat dan ditunjangi oleh Kerajaan Negeri Sabah.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_22671\" aria-describedby=\"caption-attachment-22671\" style=\"width: 298px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22671\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/69f5b690-fff6-4186-9553-70255aceaad5-298x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"298\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/69f5b690-fff6-4186-9553-70255aceaad5-298x300.jpeg 298w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/69f5b690-fff6-4186-9553-70255aceaad5-150x150.jpeg 150w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/69f5b690-fff6-4186-9553-70255aceaad5.jpeg 720w\" sizes=\"(max-width: 298px) 100vw, 298px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22671\" class=\"wp-caption-text\">Miyolon Ensambiyan Aidilfitri 2024 Kg. Darau Manggatal asas masyarakat madani berteraskan perpaduan rakyat yang lestari<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Detik awal kepada konsistensi sambutan dimulakan dengan penghasilan buku khas Miyolon Ensambiyan Aidilfitri oleh empat orang penyelidik dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi, dan Perakaunan UMS yang mendapat dana kajian dari Jabatan Muzium Negeri Sabah pada awal tahun 2019. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dari hasil penyelidikan tersebut ianya telah dipraktikkan bersama dengan masyarakat kampung Darau dibawah pimpinan Ketua Kampungnya, Jati Ejan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Pengerusi Sambutan Kg Darau Lama, Kamarudin Awang, pada tahun ini (2024), program sambutan mengangkat tema \u201cKekalkan Sinar Semangat Tradisi,\u201d dengan harapan agar kelainan dan keunikan perpaduan rentas etnik ini terus kekal terpelihara citranya untuk generasi masa depan.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_22672\" aria-describedby=\"caption-attachment-22672\" style=\"width: 291px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22672\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9fbb613c-635a-424b-b749-f54d6f041161-291x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"291\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9fbb613c-635a-424b-b749-f54d6f041161-291x300.jpeg 291w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9fbb613c-635a-424b-b749-f54d6f041161-768x792.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9fbb613c-635a-424b-b749-f54d6f041161.jpeg 810w\" sizes=\"(max-width: 291px) 100vw, 291px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22672\" class=\"wp-caption-text\">Miyolon Ensambiyan Aidilfitri 2024 Kg. Darau Manggatal asas masyarakat madani berteraskan perpaduan rakyat yang lestari.<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Berbeza dengan tahun sebelumnya, lokasi program telah diadakan di kawasan sekitar Balai Raya Kg. Darau Lama yang merupakan lokasi awal tempat berlakunya tradisi miyolon ensambiyan sejak lebih 10 dekad yang lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagi meneruskan keaslian konsep sepertimana ianya diamalkan dahulu, komuniti dari etnik Dusun yang datang dari luar kampung Darau akan mula memperagakan hasil-hasil tanaman mereka seawal sebelum jam 6 pagi di sepanjang jalan kampung berpusat di Balai Raya kampung ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebanyak lebih 30 buah khemah disediakan, pengunjung yang terdiri dari masyarakat kampung ini dan luar akan membawa kuih raya atau dikenali sebagai \u201cSajian Hari Raya\u201d untuk ditukar dengan hasil-hasil tanaman yang diperagakan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagi pengunjung luar yang ingin mendapatkan hasil tanaman tersebut, mereka terlebih dahulu perlu menukarkan wang dengan sajian hari raya di kaunter urusetia.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_22670\" aria-describedby=\"caption-attachment-22670\" style=\"width: 293px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22670\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/cb427112-bbd8-498b-8ea2-acc4cee5fa3d-293x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"293\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/cb427112-bbd8-498b-8ea2-acc4cee5fa3d-293x300.jpeg 293w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/cb427112-bbd8-498b-8ea2-acc4cee5fa3d-768x786.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/cb427112-bbd8-498b-8ea2-acc4cee5fa3d.jpeg 809w\" sizes=\"(max-width: 293px) 100vw, 293px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22670\" class=\"wp-caption-text\">Miyolon Ensambiyan Aidilfitri 2024 Kg. Darau Manggatal asas masyarakat madani berteraskan perpaduan rakyat yang lestari.<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Uniknya, aktiviti jualan ini tidak didasarkan kepada nilai sebenar hasil tanaman atau kuih raya yang ditukarkan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Komuniti yang menjual dan komuniti yang membeli menerima seadanya berdasarkan keikhlasan mereka. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Inilah antara keindahan program Miyolon-Ensambiyan Aidilfitri Kg Darau Manggatal ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau, Azhar Matussin, merupakan juga salah seorang pencetus dan pendukung kepada sambutan Miyolon-Ensambiyan sejak tahun 2019.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini merupakan kekuatan kepada program ini adalah kerana wujudnya sikap bersatu padu masyarakat kampung ini yang berjiwa besar ingin mengembalikan kemesraan silam antara etnik sebagai satu budaya yang mereka ingin wariskan kepada generasi muda di kampung ini dan sekitarnya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Faktor kejayaan program penganjuran setiap tahun juga disebabkan oleh wujudnya koordinasi antara komuniti kampung dengan institusi ilmu khususnya UMS yang sentiasa menjadi penasihat strategik dalam memastikan program ini sentiasa mengetengahkan inovasi-inovasi baharu setiap tahun.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_22673\" aria-describedby=\"caption-attachment-22673\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22673\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/7ecf2934-3766-4212-8e4e-28b2f0582d12-300x169.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"169\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/7ecf2934-3766-4212-8e4e-28b2f0582d12-300x169.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/7ecf2934-3766-4212-8e4e-28b2f0582d12-1024x578.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/7ecf2934-3766-4212-8e4e-28b2f0582d12-768x433.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/7ecf2934-3766-4212-8e4e-28b2f0582d12.jpeg 1079w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22673\" class=\"wp-caption-text\">Miyolon Ensambiyan Aidilfitri 2024 Kg. Darau Manggatal asas masyarakat madani berteraskan perpaduan rakyat yang lestari.<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam nada yang sama, Ahsim Jamat, Wakil Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud, berkata bahawa program yang berteraskan pembangunan sumber manusia dalam keusahawanan ini berjaya dihidupkan kerana masyarakat kampung ini sentiasa berusaha menimba ilmu pengurusan program secara tidak langsung dan berterusan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Usaha ini dari pelbagai pihak khususnya menerusi pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya lagi, menerusi pendekatan memperkasa sumber manusia, beberapa perancangan akan diusahakan bagi meningkatkan keberdayaan komuniti setempat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut hadir Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Roland Chia Ming Shen.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau yang sentiasa hadir dalam program ini sejak ianya diadakan pada tahun 2019 berasa sangat teruja dan sentiasa menunggu program ini diadakan setiap tahun.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_22674\" aria-describedby=\"caption-attachment-22674\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22674\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/c98490e0-7f76-43b0-b1c5-4a6ed1e18821-300x197.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"197\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/c98490e0-7f76-43b0-b1c5-4a6ed1e18821-300x197.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/c98490e0-7f76-43b0-b1c5-4a6ed1e18821-1024x671.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/c98490e0-7f76-43b0-b1c5-4a6ed1e18821-768x503.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/c98490e0-7f76-43b0-b1c5-4a6ed1e18821.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22674\" class=\"wp-caption-text\">Antara tetamu hadir dalam program tersebut.<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau program ini menjadi salah satu daripada perhatian Ketua Menteri sebagai satu wadah mengangkat komuniti berdaya maju yang berjaya selaras dengan matlamat Sabah Maju Jaya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat Inanam Datuk William Majinbon, menyifatkan bahawa program ini sangat signifikan khususnya kepada masyarakat Dusun dan Kadazan yang sentiasa ingin merasakan kemeriahan aidilfitri bersama saudara-saudara mereka dari komuniti BajauSama dan yang lain. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengurusan program yang sangat sistematik seperti yang dilaksanakan oleh Kampung Darau ini wajar diberikan pengiktirafan yang sesuai bagi meningkatkan lagi semangat mereka menghidupkan program ini setiap tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Gabungan mantap pimpinan yang berpandangan jauh, komuniti-komuniti yang bersatu padu, dan universiti yang menginovasikan ilmu menjadikan Kampung Darau, Manggatal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sabah terus menjadi makmal hidup atau <\/span><span class=\"s3\">living laboratory<\/span><span class=\"s1\"> yang menekankan kepada perkongsian ilmu berkaitan contoh model perpaduan rakyat yang berinovasi tinggi dan lestari. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pesanan khasnya yang disiarkan menerusi Studio Korporat UMS, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor, menyebut tentang peripentingnya universiti meneruskan agenda pemindahan ilmu di komuniti. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Amalan tukar barang di hari raya atau \u201cbarter trade\u201d menurutnya turut diamalkan di pelbagai kampung di sekitar negeri Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Keunikan ini perlu dilestarikan sebagai suatu khazanah bangsa yang merupakan teras kepada keharmonian rakyat Malaysia di negeri Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program Miyolon-Ensambiyan Aidilfitri juga adalah suatu program yang bercirikan MADANI sepertimana ingin diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini adalah kerana setiap ciri MADANI itu ada terdapat pada komuniti kampung Darau yang tidak pernah mengenal erti lelah dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi melengkapkan perbelanjaan memastikan tradisi ini dapat terus dihidupkan setiap tahun.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_22676\" aria-describedby=\"caption-attachment-22676\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-22676\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9814a32d-ef1a-4df9-babf-2eeba2133f16-300x189.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"189\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9814a32d-ef1a-4df9-babf-2eeba2133f16-300x189.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9814a32d-ef1a-4df9-babf-2eeba2133f16-1024x644.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9814a32d-ef1a-4df9-babf-2eeba2133f16-768x483.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9814a32d-ef1a-4df9-babf-2eeba2133f16-1536x967.jpeg 1536w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9814a32d-ef1a-4df9-babf-2eeba2133f16-150x95.jpeg 150w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9814a32d-ef1a-4df9-babf-2eeba2133f16-400x250.jpeg 400w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/9814a32d-ef1a-4df9-babf-2eeba2133f16.jpeg 1600w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22676\" class=\"wp-caption-text\">Dr Jakaria Dasan<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Biodata Penulis<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr. Jakaria Dasan merupakan Pensyarah Kanan Program Keusahawanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr. Jakaria merupakan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMS. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau adalah salah seorang dari empat orang penyelidik yang telah membuat kajian sehingga terbitnya buku Miyolon-Ensambiyan Aidilfitri Kg Darau dari Dana Jabatan Muzium Negeri Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli lainnya adalah Yuzaini Janin (Ketua), Sidah Idris, dan Kamarul Mizal Marzuki. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr Jakaria Dasan juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (G3PNS).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Dr Jakaria Dasan \u00a0Miyolon adalah kosakata Bahasa Dusun yang sama maksudnya dengan ensambiyan dari kosakata Bahasa BajauSama. Kedua-duanya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":22675,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[17],"tags":[],"class_list":["post-22668","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22668","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22668"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22668\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22677,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22668\/revisions\/22677"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22675"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22668"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22668"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22668"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}