{"id":22771,"date":"2024-04-19T01:47:21","date_gmt":"2024-04-19T01:47:21","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=22771"},"modified":"2024-04-19T01:47:21","modified_gmt":"2024-04-19T01:47:21","slug":"haris-stamboulidis-sah-jadi-pemain-import-baru-sabah-fc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/haris-stamboulidis-sah-jadi-pemain-import-baru-sabah-fc\/","title":{"rendered":"Haris Stamboulidis sah jadi pemain import baru Sabah FC"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Sabah FC mengesahkan menandatangani kontrak pemain import terbaharunya \u2018Haris Stamboulidis\u2019 bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2024-2025 yang dijangka bermula Mei depan.<\/p>\n<p>Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, pihak pengurusan Sabah FC setakat ini berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan Haris sekali gus mempunyai ciri-ciri pemain yang diperlukan bagi memperkukuhkan pasukan kelak.<\/p>\n<p>Katanya, Sabah FC kini masih mempunyai satu slot lagi pemain import namun akan diisi sekiranya pihak pengurusan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.<\/p>\n<p>\u201cKita akan bergantung sepenuhnya kepada kedudukan kewangan pihak pengurusan Sabah FC, jika mengizinkan kita akan menilai pemain import yang berkualiti untuk mengisi slot kekosongan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cMemang terdapat keperluan untuk menambah slot kekosongan pemain import tersebut, namun faktor kewangan juga perlu diambil kira sebelum memutuskannya,\u201d katanya dalam sidang media di sini.<\/p>\n<p>Ketika ditanya mengenai status Dainel Ting Kim Swee berkata, beliau (Daniel) kini masih lagi secara rasmi bersama Sabah FC secara pinjaman dari Johor Darul Ta&#8217;zim F.C. (JDT).<\/p>\n<p>\u201cKita semua tahu Daniel Ting masih lagi bersama pasukan JDT jadi Sabah FC akan terus meminjamnya sehingga akhir musim ini.<\/p>\n<p>\u201cSecara keseluruhannya, Sabah FC berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan Daniel Ting sepanjang musim bersama pasukan,\u201d jelas Kim Swee.<\/p>\n<p>Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Kim Swee berkata, Sabah FC mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan bermula 23 April ini di daerah Keningau.<\/p>\n<p>\u201cSabah FC juga mengadakan team building di Keningau termasuk akan meneruskan beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk di Sandakan dan Tawau.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan satu agenda utama Sabah FC bagi mengeratkan lagi hubungan antara pemain serta pegawai termasuk menghargai sokongan penyokong setia Sabah FC,\u201d kata Kim Swee.<\/p>\n<p>Menurutnya, Sabah FC juga akan terlibat menyertai kejohanan pertandingan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) dijangka akan bermula pada 29 April sehingga 5 Mei depan.<\/p>\n<p>\u201cSabah FC nanti akan bermain dengan tiga pasukan termasuk satu slot perlawanan akhir pada Piala SMJ nanti.<\/p>\n<p>\u201cJadi dengan persiapan ini saya percaya kita berada pada landasan yang cukup baik untuk memulakan kempen untuk liga yang akan bermula menjelang pertengahan Mei depan,\u201d jelas Kim Swee.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Sabah FC mengesahkan menandatangani kontrak pemain import terbaharunya \u2018Haris Stamboulidis\u2019 bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2024-2025 yang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":22772,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-22771","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22771","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22771"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22771\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22773,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22771\/revisions\/22773"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22772"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22771"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22771"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22771"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}