{"id":22810,"date":"2024-04-20T04:48:33","date_gmt":"2024-04-20T04:48:33","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=22810"},"modified":"2024-04-20T04:49:24","modified_gmt":"2024-04-20T04:49:24","slug":"menoktahkan-kemiskinan-tegar-isu-kewarganegaraan-dibincang-bersama-mpn-pkr-sabah-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/menoktahkan-kemiskinan-tegar-isu-kewarganegaraan-dibincang-bersama-mpn-pkr-sabah-anwar\/","title":{"rendered":"Menoktahkan kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah &#8211; Anwar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p2\">KOTA KINABALU : Menoktahkan kemiskinan tegar serta membincangkan isu kewarganegaraan di Sabah adalah antara inti pati utama yang dibincangkan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di sini hari ini.<\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MPN PKR Sabah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">kemiskinan tegar di negeri itu, selain turut menyatakan cadangan untuk mendepani perkara berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Turut dibincangkan ialah kepentingan mengukuhkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi mengatasi isu kewarganegaraan di Sabah, terutama melibatkan penduduk yang mash tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">&#8220;Tentunya (mengatasi isu kewarganegaraan) mengikut syarat<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">telah ditentukan negara kita. Saya terharu apabila nampak fokus itu ada (untuk mengatasi) masalah kemiskinan dan tidak ada kartu (dokumen) yang sah,&#8221; katanya kepada pemberita di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Terdahulu, Anwar merupakan Presiden PKR mengadakan perjumpaan khas dengan MPN PKR Sabah di sini yang turut dihadiri Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek juga Menteri Pendidikan, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi, dan Pengerusi MPN PKR<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Turut hadir, 26 Ketua Cabang PKR Sabah antaranya Ketua Cabang PKR Kota Belud Datuk Mustapha Sakmud merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Anwar berkata, MPN PKR Sabah turut memberikan pandangan berkenaan dengan isu kepimpinan majlis itu dan sebarang keputusan berkaitan isu terbabit akan dibuat setelah perbincangan bersama kepimpinan di peringkat pusat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">&#8220;(Kita) berunding dengan ketua cabang (di Sabah) &#8230; mereka beri pandangan kepada saya untuk pertimbangan (dan) kita akan rujuk kepimpinan pusat. Kepimpinan pusat akan berunding dan buat keputusan,&#8221; jelas Anwar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Ditanya tentang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, Anwar berkata perbincangan turut melibatkan persiapan menghadapi pilihan raya berkenaan di peringkat akar umbi dan ranting parti itu, namun tidak mengulas lanjut.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Menoktahkan kemiskinan tegar serta membincangkan isu kewarganegaraan di Sabah adalah antara inti pati utama yang dibincangkan bersama&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":22811,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-22810","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22810","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22810"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22810\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22812,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22810\/revisions\/22812"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22811"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22810"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22810"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22810"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}