{"id":23010,"date":"2024-05-02T01:15:36","date_gmt":"2024-05-02T01:15:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=23010"},"modified":"2024-05-02T01:15:36","modified_gmt":"2024-05-02T01:15:36","slug":"pengusaha-pelancong-diminta-cari-pelabur-majukan-kawasan-pelancongan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pengusaha-pelancong-diminta-cari-pelabur-majukan-kawasan-pelancongan\/","title":{"rendered":"Pengusaha pelancong diminta cari pelabur majukan kawasan pelancongan"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU : Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan pelancongan yang mereka usahakan.<\/p>\n<p>Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penglibatan pelabur penting kerana mereka boleh memberikan modal untuk meningkatkan prestasi sesebuah kawasan pelancongan.<\/p>\n<p>Katanya, kebanyakan pemain pelancongan mempunyai pelbagai kekangan termasuklah kewangan, kemahiran, teknologi dan kepakaran untuk memajukan tempat pelancongan mereka.<\/p>\n<p>\u201cPemain industri ini perlu mempunyai perancangan untuk meningkatkan kualiti dan memajukan kawasan pelancongan mereka supaya boleh menarik kehadiran pelawat.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, pemain industri perlu mencari pelabur-pelabur supaya bersama-sama merealisasikan semua perancangan untuk memajukan kawasan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise, di sini, semalam.<\/p>\n<p>Katanya, pemain pelancongan yang ada di daerah ini diminta supaya memaklumkan secara rasmi kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkaitan pengoperasian mereka.<\/p>\n<p>\u201cIni kerana MPT boleh membantu untuk memperkenalkan kawasan pelancongan mereka kepada pelancong terutamanya yang datang dari luar negeri.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, pemain industri juga disaran supaya berdaftar dengan Lembaga Pelancongan Sabah kerana banyak geran bantuan yang ditawarkan bagi membantu usahawan pelancongan di negeri ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Nizam menzahirkan penghargaan kepada pemilik Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise kerana berjaya mengubah tanah lima ekar miliknya menjadi tempat pelancongan baharu di daerah ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebagai pemimpin sememangnya sangat menyokong dan mendokong usaha sebegini kerana ia dapat membantu menaikkan nama daerah ini terutamanya di kawasan apas.<\/p>\n<p>\u201cPelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise termasuklah taman tema air, memancing, berkhemah, bola sepak pantai dan banyak lagi.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap usaha ini mampu menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara pada masa akan datang,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU : Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan pelancongan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":23011,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-23010","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23010","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23010"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23010\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23012,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23010\/revisions\/23012"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23011"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23010"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23010"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23010"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}