{"id":23323,"date":"2024-05-18T06:08:50","date_gmt":"2024-05-18T06:08:50","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=23323"},"modified":"2024-05-18T06:10:01","modified_gmt":"2024-05-18T06:10:01","slug":"tidur-3-jam-masalah-lif-kerap-rosak-runggutan-penghuni-ppr-taman-sri-keramat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tidur-3-jam-masalah-lif-kerap-rosak-runggutan-penghuni-ppr-taman-sri-keramat\/","title":{"rendered":"Tidur 3 jam, masalah lif kerap rosak runggutan penghuni PPR Taman Sri Keramat"},"content":{"rendered":"<p>PUTATAN : Tidur hanya selama tiga jam setiap hari, masalah lif uzur dan kerap rosak antara runggutan lebih 1,000 penghuni di Taman Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat Putatan.<\/p>\n<p>Penghuni mendakwa, masalah ini sudah berlarutan lebih tiga tahun sekali gus gagal ditangani secara baik meskipun pelbagai aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Sementara itu, seorang penduduk penghuni Blok A PPR Taman Sri Keramat Fairuz Rom berkata, bekalan air hanya dapat berfungsi sepenuhnya sekitar jam 2 hingga 3 pagi yang berlarutan hampir setiap hari.<\/p>\n<p>Katanya, penghuni yang bekerja pada waktu siang hari mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti seharian memandangkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) hanya melepaskan air sekitar jam 10 malam setiap hari.<\/p>\n<p>\u201cAir hanya dilepaskan ke dalam tangki bermula jam 10 malam dan akan penuh serta boleh digunakan selepas jam 2 hingga 3 pagi.<\/p>\n<p>\u201cAir ini akan disalurkan ke penghuni bahagian blok D dahulu itu pun terpaksa menunggu sehingga jam 4 hingga 5 pagi\u2026.Bukan semua blok akan memperoleh bekalan air ini,\u201d katanya secara Eksklusif kepada Sabah News Today.<\/p>\n<p>Fairuz berkata, jika sampai jam 4 hingga 6 pagi bekalan air baru dapat diperoleh bila masa penghuni PPR Taman Sri Keramat boleh berehat dan tidur, sebelum turun bekerja pada hari yang sama.<\/p>\n<p>\u201cSekitar jam 7 pagi penghuni Taman Sri Keramat akan turun bekerja\u2026Jadi inilah masalah sebahagian besar penghuni di sini yang sudah merasai masalah ini berlarutan lebih tiga tahun.<\/p>\n<p>\u201cKami sudah hantar pelbagai aduan kepada pihak berkuasa termasuk ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan JANS, namun sehingga kini tiada maklum balas,\u201d jelas Fairuz.<\/p>\n<p>Sementara itu, penghuni Blok C, PPR Taman Sri Keramat Verni Baihat berkata, kejadian ketiadaan bekalan air di kawasan ini pernah berlarutan lebih selama seminggu.<\/p>\n<p>Katanya, penghuni terpaksa mengambil air dari pili bomba untuk kegunaan mencuci pakaian serta bagi menampung segala keperluan seharian anak-anak mereka.<\/p>\n<p>\u201cPenghuni tiada pilihan terpaksa mengangkat sendiri bekalan air menggunakan baldi serta bekas tong air lain sehingga naik melalui tangga sehingga ke tingkat 10 rumah mereka.<\/p>\n<p>\u201cPaling menyedihkan pernah beberapa situasi apabila penghuni berhadapan dengan keadaan lif uzur dan kerap rosak, mereka terpaksa menaiki tangga sehingga ke tingkat 10,\u201d jelas Verni.<\/p>\n<p>Menurutnya, jika keperluan air minuman, penghuni tiada pilihan lain terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar hampir setiap hari untuk membeli air daripada kawasan luar.<\/p>\n<p>Sementara itu seorang lagi penghuni Blok C PPR Taman Sri Keramat Jabir Saif berkata, masalah ini sudah berlarutan pebih tiga tahun penghuni sekali gus sehingga kini tiada jalan penyelesaiannya.<\/p>\n<p>Katanya, isu kekurangan bekalan air, tidur hanya sekitar tiga hingga empat jam sehari dilihat boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk di Taman Sri Keramat.<\/p>\n<p>\u201cApa yang kami boleh banggakan tinggal di PPR Taman Sri Keramat ini jika langkah penyelesaian gagal diambil kira oleh pihak berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cSiapa yang boleh tahan dengan kehidupan seperti ini, air merupakan keperluan utama semua orang\u2026.Adalah tidak adil kami di Taman Sri Keramaat tidak memperoleh kemudahan seperti kawasan lain,\u201d jelas Jabir.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTATAN : Tidur hanya selama tiga jam setiap hari, masalah lif uzur dan kerap rosak antara runggutan lebih 1,000 penghuni&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":23324,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-23323","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23323","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23323"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23323\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23325,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23323\/revisions\/23325"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23324"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}