{"id":23380,"date":"2024-05-20T23:34:44","date_gmt":"2024-05-20T23:34:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=23380"},"modified":"2024-05-20T23:34:44","modified_gmt":"2024-05-20T23:34:44","slug":"kakitangan-uppm-perlu-terus-tingkat-nilai-integriti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kakitangan-uppm-perlu-terus-tingkat-nilai-integriti\/","title":{"rendered":"Kakitangan UPPM perlu terus tingkat nilai integriti"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pemimpin masyarakat khususnya warga Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) negeri ini perlu terus meningkatkan nilai integriti dalam jiwa dan gerak kerja mereka, kata Pengarah UPPM, Datuk Awang Kadin Tang.<\/p>\n<p>Katanya, mereka juga perlu sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan amalan yang mempunyai unsur rasuah, selain sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewangan secara lebih holistik.<\/p>\n<p>\u201cRasuah mungkin berlaku tanpa melibatkan duit, tetapi dalam bentuk yang lain seperti penerimaan dan penyalahgunakan kuasa dan sebagainya,&#8221; katanya pada Seminar Antirasuah dan Tatakelola \u201cKe Arah Memperkasa Jentera Pemudahcara\u201d di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, hari ini.<\/p>\n<p>Seminar itu anjuran bersama UPPM Jabatan Ketua Menteri dan SPRM Negeri Sabah, disertai oleh kira-kira 200 peserta terdiri daripada kakitangan UPPM daripada 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Sabah dan Ketua-Ketua Daerah (KD) negeri ini.<\/p>\n<p>Awang Kadin berkata, UPPM menganjurkan seminar itu dengan objektif meningkatkan keyakinan dan kesanggupan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dan Ketua Daerah untuk bersama-sama SPRM dalam menolak amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.<\/p>\n<p>Katanya, seminar itu juga bertujuan menyampaikan mesej antirasuah melalui PPM dan KD sebagai ejen kerajaan yang berhubung secara terus kepada masyarakat di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, menerusi seminar ini dapat mengikis persepsi negatif masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah, selain mengekalkan hubungan dan menghargai kerjasama strategik dua hala SPRM Sabah dan UPPM, serta menggalakkan masyarakat melaporkan jenayah rasuah kepada SPRM.<\/p>\n<p>Awang Kadin juga berharap dengan penganjuran seminar itu akan menjadi jambatan penghubung antara UPPM dan SPRM untuk menggerakkan lebih banyak program usahasama pada masa akan datang.<\/p>\n<p>\u201cSemoga seminar ini membantu membentuk sebuah negara yang bebas rasuah dengan warganya membudayakan ketelusan, akauntabiliti, dan integriti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sebanyak 2 kertas kerja dibentangkan pada seminar itu yang bertajuk \u201cPeranan Pemimpin Masyarakat Dalam Memerangi Rasuah\u201d oleh Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam (BUTSA) SPRM, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Sudirman Aban dan \u201cTatakelola Kepimpinan Untuk Kesejahteraan Masyarakat\u201d oleh Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Datin Yasmin Tan Sri Ahmad Merican.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pemimpin masyarakat khususnya warga Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) negeri ini perlu terus meningkatkan nilai integriti dalam jiwa&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":23381,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-23380","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23380","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23380"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23380\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23382,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23380\/revisions\/23382"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23381"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23380"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23380"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23380"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}