{"id":23431,"date":"2024-05-24T02:54:59","date_gmt":"2024-05-24T02:54:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=23431"},"modified":"2024-05-24T02:54:59","modified_gmt":"2024-05-24T02:54:59","slug":"perahu-naga-antarabangsa-tarik-lebih-130-penyertaan-melalui-edisi-ke-9-pada-7-jun-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/perahu-naga-antarabangsa-tarik-lebih-130-penyertaan-melalui-edisi-ke-9-pada-7-jun-depan\/","title":{"rendered":"Perahu Naga Antarabangsa tarik lebih 130 penyertaan melalui edisi ke-9 pada 7 Jun depan"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pesta Perahu Naga Antarabangsa memasuki edisi ke-9 mampu menarik minat lebih 130 penyertaan yang dijangka diadakan pada 7 Jun depan di Perairan Taman Teluk Likas.<\/p>\n<p>Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri T.C. Goh berkata, setakat ini hanya dua pasukan luar negara mengesahkan menyertai kejohanan ini iaitu membabitkan Negara Brunei Darussalam dan Filipina.<\/p>\n<p>Katanya, secara tidak langsung terdapat peningkatan mendadak kepada penyertaaan pasukan bot naga tempatan yang membabitkan beberapa negeri-negeri di Semenanjung termasuk Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini penyertaan Pesta Perahu Naga Antarabangsa ini masih dibuka kepada kumpulan atau pasukan yang berminat menyertainya.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh menjangkakan penyertaan sehingga 155 pasukan menjadikan kejohanan ini antara pesta yang sangat dinanti-nantikan oleh peserta bot naga di seluruh negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Seri Kinabalu di sini semalam.<\/p>\n<p>Goh berkata, hadiah bernilai sehingga RM94,000 ditawarkan kepada pasukan yang menyertai pertandingan ini termasuk kategori lelaki dan wanita.<\/p>\n<p>\u201cKita alu-alukan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu agar terus menyokong sekali gus memeriahkan pertandingan ini yang menjadi antara program dinanti-nantikan oleh mereka,\u201d jelas Goh.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai kunjungan semalam, Goh berkata ini merupakan kunjungan rasmi kepada Yang Dipertua Negeri bersama isteri untuk menjemput kedua-dua mereka hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut selain menyampaikan hadiah kepada pemenang.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pesta Perahu Naga Antarabangsa memasuki edisi ke-9 mampu menarik minat lebih 130 penyertaan yang dijangka diadakan pada 7&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":23432,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-23431","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23431"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23433,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23431\/revisions\/23433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23432"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}