{"id":23511,"date":"2024-05-28T04:55:34","date_gmt":"2024-05-28T04:55:34","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=23511"},"modified":"2024-05-28T04:56:25","modified_gmt":"2024-05-28T04:56:25","slug":"pengasah-catat-untung-besar-tahun-lalu-arsit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pengasah-catat-untung-besar-tahun-lalu-arsit\/","title":{"rendered":"PENGASAH catat untung besar tahun lalu -Arsit"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : \u00a0Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) mencatat keuntungan lebih RM374,000 menerusi aktiviti berkaitan perikanan yang dilaksanakan persatuan itu pada tahun lalu.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Arsit Sedi, berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara, iaitu lebih 70 peratus berbanding keuntungan kira-kira RM216,000 yang dicatat pada 2022.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, dengan keuntungan itu, PENGASAH mampu membayar dividen berjumlah lebih RM30,000 kepada ahlinya pada tahun lalu, berbanding hanya kira-kira RM25,000 pada tahun sebelumnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Pada 2021, PENGASAH mencatat keuntungan kira-kira RM300,000, disusuli RM216,000 pada 2022, menunjukkan ada penurunan jumlah keuntungan pada masa itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Namun, pada tahun lalu kita berjaya meningkatkan semula keuntungan PENGASAH dengan kutipan lebih RM374,000 dan hasilnya kita juga dapat membayar dividen yang lebih besar kepada pelabur atau ahli kita,&#8221; katanya di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Majlis itu disempurnakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut hadir ialah Pengarah LKIM Sabah, Mohd Jamil Abdullah dan Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dari 16 kawasan seluruh negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Arsit berkata, kebanyakan keuntungan diperolehi PENGASAH adalah melalui hasil jualan minyak kepada nelayan, selain tangkapan ikan yang didaratkan nelayan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, PENGASAH mempunyai perancangan untuk mempelbagaikan lagi aktiviti yang berpotensi memberi pulangan besar termasuk membuka pusat pendaratan ikan di Sandakan yang turut disasar dijadikan hab perikanan laut dalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tanah untuk kemudahan itu sudah tersedia dan kita juga sudah ada pelabur yang berminat dari China untuk membangunkan kemudahan itu bersama PENGASAH,&#8221; jelas Ardit<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, PENGASAH juga melihat potensi aktiviti hiliran berkaitan perikanan selain penghasilan dan penjualan bongkah ais untuk memenuhi keperluan kapal nelayan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Muhammad Faiz berkata Sabah memiliki banyak potensi perikanan yang boleh dibangunkan dan dimanfaat PENGASAH serta PNK di seluruh negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ia termasuk mengeksport ikan ke Semenanjung berikutan permintaan dan harga hasil perikanan yang lebih tinggi di sana berbanding pasaran negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Syarikat perikanan kebanyakannya mengeksport ikan dari Sabah ke negara luar tetapi kita melihat kenapa tidak PENGASAH dan PNK di Sabah ini mengambil usaha mengeksport ikan ke Semenanjung.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Selain harga yang lebih tinggi, ia juga dapat meningkatkan keterjaminan makanan, khususnya bekalan ikan di Semenanjung dan pada masa yang sama dapat membantu nelayan meningkatkan pendapatan,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau juga menekankan pentingnya PENGASAH dan PNK menceburi aktiviti hiliran perikanan bagi menghasilkan produk yang boleh menambah hasil nelayan dan persatuan di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada majlis malam tadi, Muhammad Faiz turut menyaksikan penyerahan zakat Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) kepada PNK di Sabah sebanyak RM71,898.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : \u00a0Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) mencatat keuntungan lebih RM374,000 menerusi aktiviti berkaitan perikanan yang dilaksanakan persatuan itu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":23512,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-23511","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23511","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23511"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23511\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23513,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23511\/revisions\/23513"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23512"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23511"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23511"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23511"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}