{"id":23711,"date":"2024-06-08T06:38:26","date_gmt":"2024-06-08T06:38:26","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=23711"},"modified":"2024-06-08T06:39:13","modified_gmt":"2024-06-08T06:39:13","slug":"penduduk-di-kawasan-sempadan-negara-perlu-bersatu-hati-banteras-jenayah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penduduk-di-kawasan-sempadan-negara-perlu-bersatu-hati-banteras-jenayah\/","title":{"rendered":"Penduduk di kawasan sempadan negara perlu bersatu hati banteras jenayah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">TAWAU :\u00a0 Penduduk tinggal berdekatan kawasan sempadan negara perlu bersatu hati memastikan kawasan kampung masing-masing sentiasa berada dalam keadaan aman sekali gus selamat serta bebas ancaman aktiviti jenayah.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, setiap ahli masyarakat berperanan menjadi mata serta telinga pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat apabila berlaku situasi mencurigakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, penduduk di Kampung Batu Payung, Tinagat dan Membalua terletak di sempadan negara dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas adalah contoh terbaik mempunyai kesepakatan menjaga kampung mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa terbukti kerana penduduk di situ telah memberikan kerjasama dengan memberi maklumat kepada pihak berkuasa dan keselamatan sehingga dapat mematahkan aktiviti jenayah di kawasan mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBanyak kejayaan pasukan keselamatan menerusi bantuan penduduk di kawasan berkenaan termasuklah menggagalkan aktiviti penyeludupan barang terlarang dan penyeludupan manusia,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika ditemui pada Program JIWA MADANI anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Kg. Batu Payung di sini, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, perkampungan di kawasan sempadan negara terdedah menjadi tumpuan penjenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan barang terlarang dan kemasukan pendatang tanpa izin (PTI).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu Nizam memuji usaha penganjuran program berkenaan yang berjaya sampai ke golongan sasar dan berharap ia diteruskan khususnya memberi kefahaman mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan kampung oleh pihak berkuasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program yang disertai Majlis Keselamatan Negara (MKN) berupaya memupuk semangat kerjasama tinggi antara pasukan keselamatan dan penduduk kampung untuk saling menyalur maklumat berkaitan keselamatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Malah program yang turut disertai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menerangkan pelbagai bantuan kewangan disalurkan kerajaan kepada rakyat termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menyebabkan rakyat lebih memahami langkah dilaksana kerajaan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU :\u00a0 Penduduk tinggal berdekatan kawasan sempadan negara perlu bersatu hati memastikan kawasan kampung masing-masing sentiasa berada dalam keadaan aman&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":23712,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-23711","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23711","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23711"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23711\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23713,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23711\/revisions\/23713"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23712"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23711"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23711"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23711"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}