{"id":23736,"date":"2024-06-09T11:28:16","date_gmt":"2024-06-09T11:28:16","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=23736"},"modified":"2024-06-09T11:28:16","modified_gmt":"2024-06-09T11:28:16","slug":"dua-bot-terlibat-pelbagai-kesalahan-di-tawau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dua-bot-terlibat-pelbagai-kesalahan-di-tawau\/","title":{"rendered":"Dua bot terlibat pelbagai kesalahan di Tawau"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">\ud835\udde7\ud835\uddd4\ud835\uddea\ud835\uddd4\ud835\udde8 : Dua bot tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta perikanan dan Ordinan Perkapalan Saudagar dalam dua tangkapan berasingan di sini semalam.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal peronda Maritim mengesan serta memeriksa sebuah bot nelayan yang sedang menunda pukat di kedudukan 1.5 batu nautika selatan Batu Tinagat pada pukul 5.10 petang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, pemeriksaan terhadap bot terbabit mendapati seorang juragan bersama empat awak-awak lelaki warga Indonesia berumur di lingkungan 23 hingga 42 tahun memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menunda pukat di bawah jarak dua batu nautika daripada daratan berdasarkan kedudukan bot tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKira-kira sejam selepas penahanan itu, bot peronda Maritim Malaysia turut berjaya menahan sebuah bot kargo pada kedudukan 1.5 batu nautika barat daya Pelabuhan Tawau,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Shahrizan berkata, pemeriksaan ke atas bot membawa muatan buah sawit dari Pulau Sebatik menuju ke perairan Tinagat itu mendapati seorang nakhoda bersama dua krew lelaki warga tempatan berumur di antara 24 hingga 59 tahun mengoperasikan bot ketika lesen tamat tempoh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKedua-dua bot bersama muatan serta krew diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952-MSO kerana didapati melanggar syarat sah lesen.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan disita sehingga proses siasatan selesai dengan nilai rampasan keseluruhan hampir RM300,000,\u201d jelas Shahrizan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, pihaknya menegaskan kepada komuniti maritim setempat untuk sentiasa lebih peka dengan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPihaknya tidak akan berkompromi jika didapati pengusaha bot gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\ud835\udde7\ud835\uddd4\ud835\uddea\ud835\uddd4\ud835\udde8 : Dua bot tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta perikanan dan Ordinan Perkapalan Saudagar dalam dua&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":23737,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-23736","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23736","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23736"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23736\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23738,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23736\/revisions\/23738"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23737"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23736"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23736"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23736"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}