{"id":23994,"date":"2024-06-27T04:25:03","date_gmt":"2024-06-27T04:25:03","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=23994"},"modified":"2024-06-27T04:25:03","modified_gmt":"2024-06-27T04:25:03","slug":"kkm-tekankan-tata-kelola-klinikal-tingkat-mutu-perkhidmatan-berterusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kkm-tekankan-tata-kelola-klinikal-tingkat-mutu-perkhidmatan-berterusan\/","title":{"rendered":"KKM Tekankan Tata Kelola Klinikal Tingkat Mutu Perkhidmatan Berterusan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menekankan tata kelola klinikal rangka kerja meningkatkan mutu perkhidmatan secara berterusan serta mengekalkan tahap mutu penjagaan tinggi.<\/p>\n<p>Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dapat dicapai melalui langkah jaminan kualiti, penambahbaikan kualiti serta pengurusan risiko dan insiden lebih berkesan.<\/p>\n<p>\u201cLangkah pertama, KKM terus memperkukuhkan latihan dalam pengurusan dan perawatan dalam kalangan petugas kesihatan bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit.<\/p>\n<p>\u201cSetiap petugas kesihatan juga mempunyai akses kepada pakar perubatan dan sumber rujukan dalaman lain, agar mereka mendapat pemantauan dan panduan daripada petugas yang lebih kanan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO &#8211; Tuaran) dalam Sesi Ucapan Kamar Khas Parlimen Sidang Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.<\/p>\n<p>Dzulkefly berkata, langkah kedua adalah dengan menekankan komunikasi berkesan antara pesakit dengan hospital dan klinik melalui pemberian pelan rawatan yang jelas kepada pesakit serta waris atau penjaga mereka.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini perlu agar pesakit boleh kembali ke hospital secepat mungkin sekiranya keadaan bertambah teruk atau mempunyai gejala tanda amaran.<\/p>\n<p>\u201cUntuk memudahkan proses ini, pihak hospital boleh melaksanakan konsultasi dalam talian dengan pesakit pasca discaj bagi membolehkan pemantauan di rumah yang berkesan dan mengelakkan kelewatan rawatan lanjutan,\u201d jelas Dzulkefly.<\/p>\n<p>Menurutnya, KKM akan membuat pemerkasaan proses secara berterusan memastikan pengarah kesihatan negeri dan pengarah hospital mengenal pasti isu di setiap Jabatan Kecemasan &amp; Trauma secara khusus dan mencari penyelesaian bersama.<\/p>\n<p>\u201cPelbagai platform diwujudkan bagi menerima aduan seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (atau SISPAA), sistem <em>incident reporting<\/em>, pemantauan penunjuk prestasi utama (KPI), dan perbincangan di media sosial.<\/p>\n<p>\u201cSemua aduan ini perlu disiasat secara telus dan cepat bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang definitif agar perkara yang sama tidak akan berulang di samping sentiasa mengemaskini garis panduan amalan klinikal, yang merupakan sumber dan rujukan penting petugas barisan hadapan,\u201d tambah Dzulkefly.<\/p>\n<p>Selain itu katanya, KKM juga mengambil langkah memperkenalkan <em>Malaysian Triage Scale 2022 <\/em>untuk mengkategorikan pesakit mengikut tahap keterukan, seterusnya memastikan pesakit ditangani tepat pada masanya, dan diperuntukkan sumber yang sesuai.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor memaklumkan langkah kelima yang diambil KKM adalah dengan membuat pemantauan KPI \u2018<em>Under-Triage<\/em>\u2019 di Jabatan Kecemasan &amp; Trauma.<\/p>\n<p>Jelasnya, ini adalah keadaan pesakit yang sepatutnya diklasifikasikan sebagai kritikal telah diklasifikasikan sebaliknya semasa proses \u2018<em>triage<\/em>\u2019.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menekankan tata kelola klinikal rangka kerja meningkatkan mutu perkhidmatan secara berterusan serta mengekalkan tahap&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":23995,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-23994","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23994","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23994"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23994\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23996,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23994\/revisions\/23996"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23995"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23994"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23994"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23994"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}