{"id":24069,"date":"2024-06-30T06:47:34","date_gmt":"2024-06-30T06:47:34","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24069"},"modified":"2024-06-30T06:47:34","modified_gmt":"2024-06-30T06:47:34","slug":"fkat-mampu-promosikan-kepelbagaian-budaya-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/fkat-mampu-promosikan-kepelbagaian-budaya-di-sabah\/","title":{"rendered":"FKAT mampu promosikan kepelbagaian budaya di Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">TAWAU: Kerajaan Sabah akan terus memastikan kekayaan budaya dimiliki rakyat berbilang kaum terus dikekalkan sekali gus menjadi daya tarikan pelancong datang ke negeri ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) adalah antara medan untuk mempromosikan khazanah budaya dan tradisi suku kaum yang <\/span>diwarisi di Sabah.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, Sabah terkenal sebagai negeri yang kaya dengan budaya etnik yang pelbagai serta keindahan alam semula jadi yang unik dan menarik. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKepelbagaian budaya dan <\/span>keindahan alam flora dan fauna itu adalah antara aset dan khazanah negeri yang amat bernilai.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cOleh hal yang demikian, aspek budaya dan adat tradisi suku kaum, serta keindahan alam semula jadi yang menjadi khazanah kita ini, wajar terus diketengahkan menerusi festival ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUsaha seperti ini sudah pasti merancakkan lagi pertumbuhan industri pelancongan di negeri ini, termasuk di Tawau,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, penganjuran program sebegini memberikan peluang kepada masyarakat setempat, khususnya usahawan, untuk menjana pendapatan melalui penjualan produk berunsur tradisi, seperti kraftangan dan <\/span>makanan etnik.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApabila siapnya Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC) nanti, FKAT yang diadakan secara tahunan ini akan mempunyai bangunan kekal selain menjadi tempat penganjuran pelbagai program bertaraf dunia <\/span>lain.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTICC ini juga akan menjadi pusat pengembangan budaya yang utama di luar ibu negeri Kota Kinabalu,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, kerajaan menyokong usaha murni seperti ini, iaitu, <\/span><span class=\"s1\">pertama; ke arah melestarikan khazanah budaya turun temurun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKedua mempromosikan sektor pelancongan, ketiga; membangunkan ekonomi rakyat dan <\/span>negeri, dan keempat, memupuk perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSempena festival ini, peserta dari negara luar turut dijemput iaitu dari Indonesia, Thailand dan India. Ini sudah pasti secara tidak langsung, ia turut mengeratkan lagi hubungan dua hala antara negara kita Malaysia dengan negara-negara berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya berharap festival ini dapat dikekalkan menjadi acara tahunan yang bukan sahaja mampu menyatu-padukan rakyat melalui persembahan kebudayaan, malah sebagaI wadah untuk melihat sendiri budaya dari negara luar,\u201d kata Hajiji.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Kerajaan Sabah akan terus memastikan kekayaan budaya dimiliki rakyat berbilang kaum terus dikekalkan sekali gus menjadi daya tarikan pelancong&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24070,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-24069","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24069","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24069"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24069\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24071,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24069\/revisions\/24071"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24070"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24069"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24069"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24069"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}