{"id":24200,"date":"2024-07-06T00:52:41","date_gmt":"2024-07-06T00:52:41","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24200"},"modified":"2024-07-06T01:53:08","modified_gmt":"2024-07-06T01:53:08","slug":"ungkapan-pbrs-parti-nyamuk-tunjukan-sikap-tidak-profesional-jordan-jude-ellron","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ungkapan-pbrs-parti-nyamuk-tunjukan-sikap-tidak-profesional-jordan-jude-ellron\/","title":{"rendered":"Ungkapan PBRS \u2018Parti Nyamuk\u2019 tunjukan sikap tidak profesional Jordan Jude Ellron"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KENINGAU : Kenyataan \u2018Parti Nyamuk\u2019 dikeluarkan Ketua Star Bahagian Nabawan, Jordan Jude Ellron dilihat sebagai satu penghinaan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Setiausaha Pemuda PBRS Pusat negeri Sabah Abdul Rahman Shah Naan berkata, kenyataan tersebut merujuk kepada pemilihan Mesyuarat Agung Tri Tahunan StarSabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan apabila Jordan Jude gagal menunjukkan sikap<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>profesionalnya sekali gus dianggap tidak matang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, Jordan terlalu tergopoh-gopoh sehingga gagal mengawal emosinya serta disifatkan sangat teruja terhadap kedudukannya menjadi Ketua Bahagian paling muda dalam parti pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDia (Jordan) lupa karier politik Datuk Ellron Alfred Angin bermula apabila mendiang Tan Sri Joseph kurup menyerahkan kerusi DUN Sook kepada ayahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelaku wakil Pemuda serta semua ahli PBRS sangat tidak bersetuju atas ucapan tersebut. Sudah pasti bila tiba masanya rakyat sendiri akan dapat menilai sekali gus menghukumnya nanti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cWalaupun PBRS memiliki satu kerusi Parlimen Pensiangan, namun<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>ternyata banyak sumbangan dinikmati rakyat sepanjang perkhidmatan Tan Sri Joseph Kurup sehinggalah kini diambil alih Datuk Arthur Joseph Kurup selaku Presiden PBRS yang baharu,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Abdul Rahman berkata, adalah tidak mustahil PBRS mampu memiliki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan segala-galanya terletak kepada kebijaksanaan pengundi terutama di Parlimen Pensiangan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJika sebut satu persatu tentang asal usul bermulanya karier politik keluarga beliau bersama PBRS , rasanya hanya sekadar membuang masa kerana rakyat sangat mengenali secara keseluruhan perjalanan politik mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTanpa PBRS karier politik keluarga Jordan Jude tidak akan sampai pada tahap yang mereka nikmati pada masa kini\u2026.Adalah lebih baik mereka menghormati diantara satu sama lain,\u201d jelas Abdul Rahman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya,selaku Exco Wiramuda StarSabah Jordan Jude sepatutnya lebih matang dalam menguruskan hubungan baik antara rakan-rakan politik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDi peringkat Nasional PBRS merupakan dalam satu gabungan iaitu Kerajaan Perpaduan\u2026Tidak terbentuk kerajaan sekiranya Parti StarSabah dan PBRS tidak menganggotainya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita berharap selepas ini Jordan Jude Ellron dapat berhemah dalam mengeluarkan setiap tutur katanya\u2026Sekiranya bersaing antara satu sama lain perlulah bersaing cara yang sihat serta profesional.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBeliau perlu berhati-hati kerana rakyat akan menilai ciri-ciri pemimpin matang lebih-lebih bila menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,\u201d kata Abdul Rahman.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENINGAU : Kenyataan \u2018Parti Nyamuk\u2019 dikeluarkan Ketua Star Bahagian Nabawan, Jordan Jude Ellron dilihat sebagai satu penghinaan kepada Parti Bersatu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24201,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-24200","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24200","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24200"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24200\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24208,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24200\/revisions\/24208"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}