{"id":24229,"date":"2024-07-07T04:19:24","date_gmt":"2024-07-07T04:19:24","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24229"},"modified":"2024-07-07T04:19:24","modified_gmt":"2024-07-07T04:19:24","slug":"kadar-miskin-tegar-menurun-pendekatan-agresif-dilaksanakan-di-sabah-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kadar-miskin-tegar-menurun-pendekatan-agresif-dilaksanakan-di-sabah-hajiji\/","title":{"rendered":"Kadar miskin tegar menurun, pendekatan agresif dilaksanakan di Sabah &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">PAPAR :\u00a0 Kerajaan negeri berjaya mengurangkan kadar miskin tegar daripada 22,510 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar kepada hanya 5,379 , di Sabah<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji Noor berkata, pelbagai pendekatan bersifat agresif dilakukan bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, kerajaan melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), KIR atau ahli isi rumah golongan miskin tegar ditawarkan pekerjaan melibatkan beberapa agensi kerajaan serta syarikat swasta.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan negeri bertekad untuk mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan. Pendekatan bersifat agresif ini akan terus kita lakukan bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah, insya Allah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sambutan Ma\u2019al Hijrah Peringkat Negeri 1446H\/2024M di Dewan Masyarakat Papar di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin merasmikan majlis sambutan itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, ketibaan tahun baharu Hijrah diiringi sambutan Maal Hijrah mampu menyemarakkan semangat juang sekali gus menggilap cita-cita dalam jiwa semua umat Islam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBukan sahaja dalam mengejar impian dan harapan, tetapi juga dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan selaku anggota masyarakat,<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTerutamanya selaku penjawat<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>awam berperanan sebagai penggerak serta pelaksana program pembangunan negeri dan negara,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, tema sambutan Maal Hijrah tahun ini \u201cAl-Falah Pemacu Malaysia Madani\u201d mengajak umat Islam untuk terus bekerja dan berusaha ke arah mencapai kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cLebih-lebih lagi, sebagai rakyat Malaysia selama ini tertanam di hati agar sentiasa bermuhasabah diri, berusaha gigih bagi mencapai kejayaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSama ada untuk diri sendiri atau pun kejayaan untuk organisasi yang kita wakili, seterusnya kejayaan untuk tanahair yang tercinta,\u201d kata Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau mengajak seluruh rakyat agar memberikan komitmen setulusnya bagi menjayakan pembangunan negeri ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKetepikanlah perbezaan, sebaliknya raikan persamaan yang telah kita kongsi bersama selama ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPupuklah semangat kekitaan, eratkan persaudaraan, bersama kita berusaha, ramai- ramai kita bekerja, demi menjayakan misi dan visi Malaysia Madani serta Hala Tuju SMJ,\u201d tambah Hajiji.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR :\u00a0 Kerajaan negeri berjaya mengurangkan kadar miskin tegar daripada 22,510 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar kepada hanya 5,379&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24230,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-24229","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24229"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24231,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24229\/revisions\/24231"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}