{"id":24232,"date":"2024-07-07T06:47:43","date_gmt":"2024-07-07T06:47:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24232"},"modified":"2024-07-07T06:47:43","modified_gmt":"2024-07-07T06:47:43","slug":"ppk-putatan-bangunkan-tapak-perniagaan-ahli-peladang-di-pantai-tanjung-aru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ppk-putatan-bangunkan-tapak-perniagaan-ahli-peladang-di-pantai-tanjung-aru\/","title":{"rendered":"PPK Putatan bangunkan tapak perniagaan ahli Peladang di Pantai Tanjung Aru"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">PUTATAN : Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan diberi kelulusan membangun serta mentadbir urus satu kawasan seluas 1.46 ekar sebagai lokasi perniagaan berasaskan makanan di Pantai Tanjung Aru.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusinya, Datuk Seri<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>Dr. Arsit Sedi, berkata kelulusan diberikan Tanjung Aru Eco Development (TAED) Sdn. Bhd itu bakal membuka peluang kepada ahli PPK untuk berniaga di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, PPK Putatan akan menyediakan fasiliti untuk kemudahan peniaga dan keselesaan pengunjung di tapak baharu itu yang terletak di Pantai Tanjung Aru Dua.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;PPK Putatan diberi tapak bagi membuka tempat berniaga untuk ahli-ahli Peladang di Pantai Tanjung Aru Dua. Kita sudah hantar cadangan kepada TAED untuk pertimbangan Pengerusinya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor juga bersetuju supaya PPK Putatan diberi kelulusan untuk membangunkan kawasan Pantai Tanjung Aru Dua itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Fokus kita ialah perniagaan makanan atau restoran dan kraftangan, selain tempat untuk pelancong menikmati pemandangan matahari terbenam seperti yang menjadi tarikan Pantai Tanjung Aru,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Putatan Kali Kesembilan Tahun 2024 yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri, Ir Shahelmey Yahya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selain di Pantai Tanjung Aru, Arsit berkata PPK Putatan juga akan membuka dan mengurus tadbir Peladang Outlet di Kampung Meruntum, di sini yang bakal dijadikan tempat untuk memasarkan hasil pertanian dari seluruh Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, pembinaan kemudahan itu mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM500,000 daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan ia akan dimulakan selepas PPK Putatan mendapat kelulusan pelan pembangunan daripada Majlis Daerah Putatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada masa yang sama, katanya PPK Putatan turut mendapat satu lagi tapak untuk dibangunkan sebagai lokasi perniagaan ahli Peladang, iaitu di Aeropod Tanjung Aru.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ini sama seperti di Pantai Tanjung Aru, kita akan membangunkan tapak untuk ahli Peladang berniaga di bawah urus tadbir PPK Putatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Semua kemudahan yang disediakan melalui PPK ini adalah untuk manfaat ahli Peladang. Keuntungannya nanti bakal dinikmati ahli Peladang sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Sehubungan itu, PPK Putatan menggalakkan ahli kita untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan ini dan mengambil peluang program-program lain yang diwujudkan bagi memperkasa ahli Peladang,&#8221; katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTATAN : Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan diberi kelulusan membangun serta mentadbir urus satu kawasan seluas 1.46 ekar sebagai lokasi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24233,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-24232","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24232","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24232"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24232\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24234,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24232\/revisions\/24234"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24233"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24232"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24232"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24232"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}