{"id":24308,"date":"2024-07-10T07:54:58","date_gmt":"2024-07-10T07:54:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24308"},"modified":"2024-07-10T07:55:24","modified_gmt":"2024-07-10T07:55:24","slug":"kewujudan-mahkamah-utama-syariah-diyakini-beri-manfaat-kepada-masyarakat-islam-amisah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kewujudan-mahkamah-utama-syariah-diyakini-beri-manfaat-kepada-masyarakat-islam-amisah\/","title":{"rendered":"Kewujudan Mahkamah Utama Syariah diyakini beri manfaat kepada masyarakat Islam &#8211; Amisah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin yakin kewujudan Mahkamah Utama Syariah adalah usaha serta inisiatif Kerajaan Negeri memperkasa Mahkamah Syariah demi kebaikan masyarakat Islam di Sabah.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, peruntukan baharu Rang Undang Undang (RUU) Mahkamah Syariah Negeri Sabah iaitu mengenai kewujudan Mahkamah Utama Syariah ia akan membawa Mahkamah Syariah di Sabah melangkah ke satu era yang mana Jabatan Kehakimah Syariah Malaysia (JKSM) di Sabah menempah sejarah tersendiri dalam landskap perundangan syariah dan apa yang lebih penting ia memberi impak dan manfaat berguna bagi masyarakat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya percaya Sabah merupakan antara negeri terawal dalam memperkasa mahkamah syariah melalui kewujudan Mahkamah utama yang bakal kita luluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mulia ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Jika sebelum ini kita hanya ada tiga peringkat Mahkamah Syariah maka dengan lulusnya RUU ini, Sabah bakal mempunyai empat peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah,&#8221; katanya ketika membahaskan mengenai RUU Mahkamah Syariah 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Amisah berkata, dengan adanya usaha ini kes mereka alan didengar di mahkamah Tinggi berpeluang melalui dua peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Rayuan dan terakhir Mahkamah Utama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Apa yang penting dengan kewujudan Mahkamah utama ini pihak warga JKSM Negeri Sabah akan lebih efisien dalam menegakkan keadilan dan mempermudahkan urusan umat Islam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita tidak mahu mendengar masalah kes tertunggak yang boleh menyusahkan rakyat. Carilah apa cara dan kaedah pun yang terbaik bagi mempermudahkan urusan orang yang berurusan di Mahkamah Syariah terutama sekali urusan yang menyangkut mengenai wanita dan ibu-ibu tunggal,\u201d jelas Amisah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam perkembangan berkaitan, Amisah berkata JKSM perlu mempunyai bangunan sendiri di daerah-daerah, dan sekiranya belum diwujudkan kerajaan perlu menimbangkan untuk mewujudkan Mahkamah Syariah di setiap daerah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya juga meminta Kerajaan agar skim gunasama bagi kaki tangan JKSM Sabah dikaji semula. Kembalikanlah Mahkamah Syariah di bawah pentadbiran negeri agar lebih banyak peluang bagi anak-anak Sabah yang berkelulusan Syariah Islamiah untuk menyumbang khidmat dalam lapangan atau jabatan ini, &#8221; katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin yakin kewujudan Mahkamah Utama Syariah adalah usaha serta&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24309,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-24308","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24308","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24308"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24308\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24310,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24308\/revisions\/24310"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24308"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24308"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24308"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}