{"id":24541,"date":"2024-07-21T09:55:49","date_gmt":"2024-07-21T09:55:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24541"},"modified":"2024-07-21T09:58:11","modified_gmt":"2024-07-21T09:58:11","slug":"tabs-sabah-fc-pertahankan-kejuaraan-liga-suparimau-b16","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tabs-sabah-fc-pertahankan-kejuaraan-liga-suparimau-b16\/","title":{"rendered":"TABS Sabah FC pertahankan kejuaraan Liga Suparimau B16"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Pasukan TABS Sabah FC mempertahankan kejuaraan dalam Liga Suparimau B16 Season B selepas mengetepikan KKFC B 1-0 dalam perlawanan terakhir mereka di padang sintetik Likas di sini, pagi ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pasukan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang liga dengan mengumpul 22 mata menerusi tujuh kemenangan dan seri sekali.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KKFC A yang mengutip 19 mata menduduki naib juara manakala Jubilo Academy yang mengutip 16 mata memenangi tempat ketiga.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TABS Sabah FC memperoleh gol tunggal kemenangan pada babak separuh masa pertama melalui sepakan bebas dari sudut sebelah kanan yang menyaksikan penjaga gawang lawan gagal berbuat apa-apa untuk menjangkau bola yang menerjah ke jaring.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Saingan bertambah rancak pada separuh masa kedua namun kedua-dua pasukan lebih berhati-hati untuk melakukan serangan menyebabkan tiada jaringan dapat dihasilkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jurulatih pasukan, Rosly Jamal berkata, para pemainnya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kejuaraan menjadi milik mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, mereka telah membuktikan komitmen dan kesungguhan untuk terus bermain dengan baik bagi membolehkan misi pasukan dapat direalisasikan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita berpuas hati kerana pasukan mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas,&#8221; katanya ketika ditanya reaksinya mengenai kejayaan tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau, pasukan itu akan terus diperkukuhkan lagi bagi menghadapi kejohanan-kejohanan selepas ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim berkata, pihaknya yakin pasukan itu mampu menjuarai liga itu berdasarkan prestasi pemain-pemain sepanjang liga itu berlangsung.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita sentiasa memantau perkembangan pasukan dari semasa ke semasa dan melaluinya kita mempunyai keyakinan bahawa mereka di landasan yang baik untuk menjulang piala,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau memberitahu, pasukan itu akan dikekal untuk ditambahbaik sebagai persiapan menghadapi Piala Borneo pada September ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun tambahnya, &#8220;kita akan serahkan kepada jurulatih untuk memantapkan lagi pasukan ini supaya ia benar-benar bersedia untuk bersaing dalam kejohanan itu nanti.&#8221;<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pasukan TABS Sabah FC mempertahankan kejuaraan dalam Liga Suparimau B16 Season B selepas mengetepikan KKFC B 1-0&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24542,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-24541","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24541","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24541"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24541\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24543,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24541\/revisions\/24543"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24542"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24541"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24541"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24541"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}