{"id":24610,"date":"2024-07-25T02:06:18","date_gmt":"2024-07-25T02:06:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24610"},"modified":"2024-07-25T02:06:18","modified_gmt":"2024-07-25T02:06:18","slug":"nasi-lemak-merupakan-punca-keracunan-makanan-pelajar-di-sk-pulau-gaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/nasi-lemak-merupakan-punca-keracunan-makanan-pelajar-di-sk-pulau-gaya\/","title":{"rendered":"Nasi lemak merupakan punca keracunan makanan pelajar di SK Pulau Gaya"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU: Nasi lemak dipercayai punca kejadian wabak keracunan makanan yang melibatkan 103 murid di SK Pulau Gaya, di sini, isnin lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Asits Sanna berkata, siasatan awal mendapati bahawa kesemua kes mempunyai sejarah memakan nasi lemak sekitar jam 9.50 pagi pada 22 Julai 2024.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, sejarah lengkap pergerakan serta pendedahan kes kepada makanan masih dalam siasatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cTindakan kawalan yang telah dilaksanakan termasuk memberi rawatan yang bersesuaian, menjalankan pengesanan kes secara aktif (ACD).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cPendidikan kesihatan kepada individu terlibat serta pengambilan sampel makanan, minuman, dan persekitaran bagi tujuan pengesahan punca kejadian,\u201d katanya dalam kenyataan medianya di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Asits berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah melalui Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kota Kinabalu menerima notifikasi kejadian satu wabak keracunan makanan daripada klinik kesihatan dan hospital kerajaan pada 22 Julai 2024, jam 2.09 petang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cWabak ini melibatkan seramai 103 murid di sebuah sekolah rendah di Pulau Gaya, Kota Kinabalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKes-kes mengalami gejala muntah, cirit-birit, dan sakit perut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSebanyak lapan kes telah dimasukkan ke wad, manakala 95 kes dirawat sebagai pesakit luar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKesemua kes berumur di antara 6 hingga 12 tahun dan berada dalam keadaan stabil, serta tiada kematian dilaporkan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dr. Asits berkata, keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIa boleh disebabkan oleh bakteria atau toksin bakteria tersebut, virus, parasit, bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai, logam berat, tumbuhan yang beracun seperti cendawan dan hasilan laut seperti kerang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJKN Sabah juga ingin menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala keracunan makanan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJKN Sabah dengan kerjasama PKK Kota Kinabalu akan terus memantau situasi kejadian ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,\u201d kata Asits.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Nasi lemak dipercayai punca kejadian wabak keracunan makanan yang melibatkan 103 murid di SK Pulau Gaya, di sini,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24578,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-24610","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24610","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24610"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24610\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24611,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24610\/revisions\/24611"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24578"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24610"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24610"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24610"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}