{"id":24696,"date":"2024-07-29T01:48:30","date_gmt":"2024-07-29T01:48:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24696"},"modified":"2024-07-29T01:48:30","modified_gmt":"2024-07-29T01:48:30","slug":"umno-kukuh-jika-slogan-bersatu-bersetia-berkhidmat-diamalkan-bung-moktar-radin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/umno-kukuh-jika-slogan-bersatu-bersetia-berkhidmat-diamalkan-bung-moktar-radin\/","title":{"rendered":"UMNO kukuh jika slogan \u2018Bersatu, Bersetia, Berkhidmat\u2019 diamalkan &#8211; Bung Moktar Radin"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">SANDAKAN : Slogan UMNO Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat sebenarnya adalah teras perjuangan UMNO yang perlu dihayati sekali gus diamalkan oleh setiap anggota parti.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jika slogan ini dihayati dan menjadi amalan ahli parti kekuatan parti tidak akan mampu diganggu gugat.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_24698\" aria-describedby=\"caption-attachment-24698\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-24698\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/5ec03ed2-7d8b-461a-9031-d1b0cdb6bed7-300x241.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"241\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/5ec03ed2-7d8b-461a-9031-d1b0cdb6bed7-300x241.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/5ec03ed2-7d8b-461a-9031-d1b0cdb6bed7-768x617.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/5ec03ed2-7d8b-461a-9031-d1b0cdb6bed7.jpeg 810w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-24698\" class=\"wp-caption-text\">Bung Moktar Radin<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, perjuangan dalam parti Umno memerlukan pengorbanan<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>keihlasan dan satu ikatan, namun dalam sebuah organisasi yang besar seperti Umno tidak semua ahli dapat menghayati dan mengamalkanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u2018Kita menyanyikan lagu Umno bersatu kita bersatu, bersama kita bersama, namun ada ketikanya<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>kita tidak bersatu tidak bersama, kerja kita lain-lain malah ada pula<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>mengerjakan sesama sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUmno sepatutnya kuat namun bila berlaku begini Umno akan kalah dari dalam\u201d katanya ketika berucap di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kinabatangan di Dewan SMJK Chung Hua di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar merupakan Ketua Umno Sabah berkata, jika pemimpin termasuk ahli parti bersatu dan bersetia dalam memperjuangkan objektif serta matlamat parti selain berkhidmat dengan penuh dedikasi Umno tidak mampu digangu gugat parti lain.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMalangnya budaya adu domba,fitnah, gunting dalam lipatan masih menjadi amalan sebilangan pemimpin dan ahli parti menjadikan parti kita lemah sehingga Umno Sabah menjadi pembangkang terus<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>dihina dan dicerca.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHal ini terjadi sepertimana dilakukan beberapa pemimpin UMNO di negeri ini yang telah dicalonkan oleh parti dan memenangi pilihan raya tetapi kini telah tidak setia dan meninggalkan UMNO begitu sahaja kerana lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan parti,\u201d jelas Bung Moktar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, lebih merungsingkan serta menyakitkan hati, apabila melihat sikap sebilangan pemimpin UMNO yang bersama hanya ketika parti dalam keadaan gemilang tetapi menanggalkan slogan Bersatu sewaktu parti hampir lumpuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPemimpin ini walaupun sedar dan memahami betapa pentingnya semangat berpasukan dan berdisiplin dalam parti serta memahami prinsip tanggungjawab bersama dalam keputusan bersama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun memilih untuk bersikap seperti \u2018bisu\u2019 dan mempamerkan sikap memperlekehkan kewibawaan saf kepimpinan UMNO,\u201d jelas Bung Moktar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, ketika ada usaha pihak tertentu mahu mentalkinkan Umno di Sabah dan ditakdirkan saya diberikan amanah oleh Presiden Umno mengetuai Umno Sabah, bersama rakan-rakan masih setia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMereka memiliki prinsip perjuangan untuk terus berusaha memulihkan imej Umno sehingga kini masih mampu bertahan dan memberikan sumbangan terbesar dalam pembentukan kerajaan selepas PRN Ke-16 walaupun sumbangan tersebut dinafikan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mengajak agar ahli Umno supaya menjadikan slogan Bersatu Bersetia dan Berkhidmat sebagai satu tuntutan yang perlu menjadi amalan pemimpin dan ahli Umno di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni bagi mempastikan kekuatan Umno terus kukuh untuk mencapai kemenangan dalam PRN Ke 17 akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita perlu bangkit bersama membetulkan keadaan hari ini, kita melihat kegagalan kerajaan yang sedia ada mentadbir dan menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Sabah dalam pelbagai aspek terutamanya keperluan prasarana pembangunan asas dan kemiskinan,\u201d katanya<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menyentuh mengenai status UMNO kini sebagai pembangkang di Sabah Bung Moktar berkata, walaupun perit untuk dihadapi tetapi ia sebenarnya satu hikmah, menjadi landasan terbaik bagi pucuk pimpinan parti untuk mengkaji dan merancang semula objektif perjuangan sama ada yang tersurat mahupun tersirat selari dengan tuntutan politik semasa.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN : Slogan UMNO Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat sebenarnya adalah teras perjuangan UMNO yang perlu dihayati sekali gus diamalkan oleh&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24697,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-24696","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24696","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24696"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24696\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24699,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24696\/revisions\/24699"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24697"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24696"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24696"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24696"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}