{"id":24720,"date":"2024-07-30T03:47:14","date_gmt":"2024-07-30T03:47:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24720"},"modified":"2024-07-30T05:15:38","modified_gmt":"2024-07-30T05:15:38","slug":"biro-penerangan-kunjungan-hormat-kepada-skmm-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/biro-penerangan-kunjungan-hormat-kepada-skmm-sabah\/","title":{"rendered":"BIRO Penerangan kunjungan hormat kepada SKMM Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sabah, Ratnawaty Talib di Pejabat SKMM Sabah hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Rombongan itu diketuai Ketua Penerangan PGRS Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kunjungan hormat ini bertujuan bagi memperkukuh hubungan di antara MCMC dan Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah selain membincangkan isu-isu semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pertemuan tu Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri mencadangkan MCMC Sabah unyuk memperkenalkan satu seksyen yang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menghukum kesalahan yang berkaitan dengan buli siber &#8216;cyberbullying&#8217;. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya dalam era digital hari ini, platform media sosial telah menjadi sebahagian kehidupan masyarakat, menawarkan peluang yang tiada tandingan untuk perhubungan, komunikasi dan pembinaan komuniti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita semua perlu bangkit menentang segala bentuk buli dan singkirkan orang toksik daripada merosakkan komuniti alam maya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJangan biarkan pembuli siber berleluasa, menjejaskan individu dari semua peringkat umur dan latar belakang termasuk memfitnah pemimpin, bersikap mengganggu, mengancam, menghina\u00a0\u00a0dan merendahkan seseorang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tidak seperti buli tradisional, buli siber berbahaya kerana boleh berlaku 24 jam sehari, tujuh hari seminggu selain tiada sempadan masa dan tempat,\u201d kata Nizam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, pembuli siber berani bertindak demikian kerana berselindung di sebalik nama samaran dan\u00a0\u00a0akaun palsu dengan sewenang-wenangnya membuat komen jelik, ugutan dan hinaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Nizam menambah, tindakan tersebut kemudian memberi kesan emosi dan psikologi ke atas mangsa sehingga boleh menyebabkan tekanan dan\u00a0\u00a0kemurungan serta dalam kes yang teruk mencederakan dan membunuh diri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Oleh itu, katanya semua orang harus tahu sempadan serta had dalam membenarkan diri mereka di buli di alam siber selain bijak menjauhi atau menyekat golongan pembuli berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, kebanyakan platform media sosial menawarkan alat untuk menyekat pembuli siber selain boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut hadir sama Pegawai Kerja Biro PGRS Sabah, Halil Rufili, Ketua Wanita PGRS Likas, Halizah Din, Ketua Penerangan Pemuda PGRS Sabah, Barhul Sahibu dan ahli jawatankuasa Biro Penerangan Julia Abt.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24721,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-24720","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24720","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24720"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24720\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24727,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24720\/revisions\/24727"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24721"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24720"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24720"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24720"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}