{"id":24849,"date":"2024-08-06T06:10:44","date_gmt":"2024-08-06T06:10:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24849"},"modified":"2024-08-06T06:10:44","modified_gmt":"2024-08-06T06:10:44","slug":"tabs-sertai-6-kategori-umur-piala-borneo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tabs-sertai-6-kategori-umur-piala-borneo\/","title":{"rendered":"TABS sertai 6 kategori umur Piala Borneo"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) akan menghantar enam pasukan untuk bertanding dalam Kejohanan Piala Borneo di Kota Kinabalu dari 22 September hingga 4 Oktober ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pasukan tersebut membabitkan pasukan B11, B12, B13, B14, B15 dan B16.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim yang mengesahkan perkara itu hari ini, berkata TABS akan menyertai semua kategori umur sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, pasukan terbabit sedang disediakan ketika ini dan setiap jurulatih yang diamanahkan mengendalikan pasukan telah pun memulakan latihan sejak beberapa minggu yang lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Hanya beberapa pasukan seperti B14, B15 dan B16 belum memuktamadkan senarai akhir pemain namun jurulatih terbabit dijangka dapat berbuat demikian dalam masa terdekat,&#8221;.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mereka sudah mempunyai ramai pemain tetapi mereka perlu mengenal pasti pilihan pemain yang terbaik bagi memastikan pasukan lebih bersedia,&#8221; katanya dalam satu kenyataan media di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, TABS akan berusaha menggalas cabaran dalam Piala Borneo tahun ini dan pada masa yang sama meningkatkan lagi pencapaiannya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;TABS pernah menjuarai B12 dan B16 kejohanan itu sebelum ini selain telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam kategori B13, B14 dan B15. Kita mahu meneruskan momentum ini,&#8221; tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur kejohanan itu, Scott Ollerenshaw kerana sentiasa mengundang TABS untuk menyertai Piala Borneo setiap kali penganjurannya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ini merupakan satu penghormatan kepada TABS dan kita menghargainya,&#8221; ujar beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam perkembangan lain, Lokman turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sabah FC atas usaha untuk menghantar Ketua Pembangunan Belianya, Johnny Dominicus yang turun meninjau kejurulatihan TABS mengendalikan sesi latihan program pembangunannya minggu lepas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau, ia sudah tentu dapat membantu kejurulatihan TABS melakukan lebih baik pengendalian program pembangunan yang dijalankan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) akan menghantar enam pasukan untuk bertanding dalam Kejohanan Piala Borneo di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24850,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-24849","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24849","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24849"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24849\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24851,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24849\/revisions\/24851"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24850"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24849"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24849"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24849"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}