{"id":24859,"date":"2024-08-07T00:57:00","date_gmt":"2024-08-07T00:57:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=24859"},"modified":"2024-08-07T00:57:00","modified_gmt":"2024-08-07T00:57:00","slug":"mysti-memberi-manfaat-kepada-usahawan-tempatan-di-sabah-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/mysti-memberi-manfaat-kepada-usahawan-tempatan-di-sabah-hajiji\/","title":{"rendered":"MySTI memberi manfaat kepada usahawan tempatan di Sabah &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Kerajaan negeri yakin inisiatif memperkenalkan Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&amp;D Tempatan (MySTI) akan mampu meningkatkan produtiviti di negeri ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, inisiatif melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dilihat mampu memberi manfaat kepada usahawan, pihak universiti, institusi penyelidikan serta kerajaan dalam memanfaatkan produk inovasi dan R&amp;D tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, inisiatif akan merangsang pertumbuhan kepada industri tempatan khususnya dalam bidang teknologi sekali gus merupakan antara sumber ekonomi baharu yang dikenalpasti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya mahu semua peluang ini diambil serta dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihak universiti, institusi penyelidikan dan usahawan di negeri ini untuk mendaftar dan mendapat penandaan logo MySTI.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKe arah ini Sabah bersedia untuk menjadi hab kemajuan teknologi, dengan inovasi digalakkan dan dipupuk secara aktif selaras dalam perkembangan pesat integrasi teknologi dan inovasi amat penting dalam pembangunan ekonomi,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian pada majlis perasmian MTDC Road to Growth (R2G) 2024-Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, kerajaan berhasrat mencipta ekosistem menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sekali gus menggalakkan transformasi digital, serta memupuk budaya inovasi di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKomitmen kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi tidak berbelah bahagi dan turut melaksanakan dasar pintu terbuka kepada pelabur.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelain itu meneroka sumber ekonomi baharu termasuk Ekonomi Biru yang bakal membawa dimensi baharu ekonomi Sabah, berpaksi hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ),\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, fokus kerajaan adalah mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan perniagaan, menarik pelaburan dalam dan luar negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDisamping itu ingin memastikan tenaga kerja di Sabah dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi permintaan masa depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita berharap program Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Road to Growth (R2G) 2024-Sabah dapat membantu melahirkan lebih ramai penyelidik dan usahawan yang berinovasi,\u201d kata Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Datuk Mohammad Yusof Apdal.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kerajaan negeri yakin inisiatif memperkenalkan Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&amp;D Tempatan (MySTI) akan mampu meningkatkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24860,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-24859","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24859","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24859"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24859\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24861,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24859\/revisions\/24861"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24859"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24859"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24859"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}