{"id":25519,"date":"2024-09-12T04:36:43","date_gmt":"2024-09-12T04:36:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=25519"},"modified":"2024-09-12T04:37:08","modified_gmt":"2024-09-12T04:37:08","slug":"umno-setuju-bentuk-kerjasama-dengan-ph-hadapi-prn-sabah-zahid-hamidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/umno-setuju-bentuk-kerjasama-dengan-ph-hadapi-prn-sabah-zahid-hamidi\/","title":{"rendered":"UMNO setuju bentuk kerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah &#8211; Zahid Hamidi"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">SHANGHAI, China : UMNO secara prinsip sudah bersetuju supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menjalin kerjasama untuk membentuk pakatan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO dan BN juga mengalu-alukan mana-mana parti lain yang mahu menyertai kerjasama itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, keputusan menjalin kerjasama antara BN Sabah dan PH ini menjadi keputusan bersama antara UMNO Sabah dan UMNO pusat kerana kaedah terbaik adalah bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya dan pada masa sama kita lanjutkan di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Namun parti-parti lain masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan kami. Kita juga harap tidak ada parti di Sabah yang menyebutkan ini adalah parti Malaya ataupun parti peringkat kebangsaan dan tidak perlu masuk ke sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita sebuah negara demokrasi, maka tidak ada parti tempatan atau parti Semenanjung. Maka seharusnya tidak ada kenyataan dikeluarkan yang menyinggung mana-mana perasaan walaupun parti itu berhajat semula untuk menjadi Ketua Menteri Sabah,&#8221; katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di akhir lawatannya ke China di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ditanya sama ada pendekatan di PRN Sabah akan menjadi model kerjasama BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, Ahmad Zahid berkata, buat setakat ini, kerjasama bertumpu untuk PRN Sabah saja.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah PRN Sabah dulu dan jika &#8216;template&#8217; dan acuan ini berjaya, tentunya kita akan kaji pelaksanaan di peringkat PRU16.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tetapi keserasian di antara BN dan PH 2.0 sudah terbukti baik termasuk dokongan daripada rakan GPS (Gabungan Parti Sarawak), GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan parti lain termasuk Ahli Parlimen bebas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita lihat nanti bagaimana, yang penting kestabilan politik dapat terus dipertahankan di Malaysia,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin beberapa hari lalu memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa BN Sabah bagi memperhalusi kerjasama parti itu bersama PH bagi menghadapi PRN ke-17 itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">UMNO Sabah juga menyokong kenyataan Ahmad Zahid bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHANGHAI, China : UMNO secara prinsip sudah bersetuju supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menjalin kerjasama untuk membentuk pakatan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":25520,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-25519","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25519","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25519"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25519\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25521,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25519\/revisions\/25521"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25520"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}