{"id":25570,"date":"2024-09-15T01:14:51","date_gmt":"2024-09-15T01:14:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=25570"},"modified":"2024-09-15T01:14:51","modified_gmt":"2024-09-15T01:14:51","slug":"pembayaran-interim-satu-bentuk-pengiktirafan-hak-40-peratus-sabah-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pembayaran-interim-satu-bentuk-pengiktirafan-hak-40-peratus-sabah-ewon\/","title":{"rendered":"Pembayaran interim satu bentuk pengiktirafan hak 40 peratus Sabah \u2013 Ewon"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PENAMPANG : Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, pembayaran khas interim untuk Sabah dan Sarawak daripada RM300 juta tahun ini kepada RM600 juta mulai tahun depan satu pengiktirafan kepada tuntutan Hak 40 peratus Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sambil mengalu-alukan penambahan pembayaran interim itu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keputusan itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni merupakan satu bentuk perakuan kepada hak 40 peratus Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDengan adanya perakuan atau pelaksanaan pembayaran interim, kita (kerajaan) sudah mengiktiraf hak itu dalam perlembagaan, yang akan berlaku seterusnya ialah perbincangan berterusan antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya percaya kerajaan yang ada pada hari ini membuka ruang seluas-luasnya kepada perbincangan ke atas isu ini (Hak 40 peratus).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya berada di kerajaan sebelum ini, saya tidak nampak perbincangan itu seluas seperti ini (kerajaan sekarang) dan saya ingin mengesahkan bahawa hampir setiap minggu perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibincangkan di Kabinet Persekutuan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ewon merupakan Ahli Parlimen Penampang berkata, perkara lain yang belum dimuktamadkan melibatkan mekanisma yang perlu dibincang dan dipersetujui bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai rakan pimpinan daripada Sabah, saya ingin menyumbang ke arah pemuktamadan mekanisma yang akan dibincangkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSeperti yang kita maklum Kerajaan Sabah hanya mengemukakan tuntutan secara rasmi pada 18 Jun lalu dan saya fikir dalam tempoh ini akan ada perbincangan sama ada di peringkat Jawatankuasa Kerja atau diangkat ke Majlis Khas Tindakan Pelaksanaan MA63.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi perkara yang tidak dapat dimuktamadkan di Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, akan dibincangkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Ketua Menteri Sabah (Datuk Hajiji Haji Noor) iaitu tiga pemimpin yang menganggotai peringkat teratas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPerbincangan ini sesuatu yang sangat menggalakkan dan satu perkembangan baik susulan daripada tuntutan ke atas hak 40 peratus Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketika ditanya sama ada perkara yang belum dimuktamadkan diberikan \u2018time frame\u2019, Ewon berkata: \u201cUntuk mana-mana perkara yang belum mencapai kata persetujuan, kita tidak tetapkan time frame untuk membuka ruang perbincangan yang lebih luas antara kerajaan persektuuan dengan kerajaan negeri\u201d.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, semakin banyak perbincangan mengenai perkara-perkara yang belum dimuktamadkan, adalah semakin baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengenai kunjungan itu, Ewon menghargai kesudian Fahmi mengadakan lawatan kerja di Penampang dan menyantuni komuniti media di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSemoga kunjungan dan sumbangan ini dapat memberi sokongan moral kepada saudara Roy yang telah banyak menyumbang kepada negara melalui penulisan berita.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPejabat Ahli Parlimen Penampang juga turut menyampaikan sumbangan kepada saudara Roy Goh semasa kunjungan ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG : Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, pembayaran khas interim untuk Sabah dan Sarawak daripada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":25571,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-25570","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25570","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25570"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25570\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25572,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25570\/revisions\/25572"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25571"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25570"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25570"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25570"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}