{"id":25592,"date":"2024-09-15T09:24:41","date_gmt":"2024-09-15T09:24:41","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=25592"},"modified":"2024-09-15T09:24:41","modified_gmt":"2024-09-15T09:24:41","slug":"pembentukan-malaysia-bawa-banyak-nikmat-manfaat-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pembentukan-malaysia-bawa-banyak-nikmat-manfaat-hajiji\/","title":{"rendered":"Pembentukan Malaysia bawa banyak nikmat, manfaat &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU: Pembentukan Malaysia membawa banyak nikmat serta manfaat kepada pelbagai lapisan rakyak di seluruh negara dan negeri ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Sabah sangat menghargai keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, perjalanan membina negara ini masih panjang, berliku dan pastinya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun pasti berjaya diharungi dengan adanya <\/span>kesatuan, kebersamaan dan perpaduan atas kepentingan tanah air.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati tema sambutan Hari Malaysia tahun ini iaitu \u201cMalaysia Madani: Jiwa Merdeka\u201d, cerminan yang amat penting bagi kemakmuran dan kemajuan negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMalaysia Madani\u201d yang disokong oleh enam nilai teras utama mencerminkan visi kita untuk membentuk masyarakat yang berdaya tahan, harmoni dan progresif. \u201cJiwa Merdeka menggambarkan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif,<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">menekankan semangat patriotisme dan cinta kepada negara,\u201d katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, selain itu ia juga melibatkan aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi dalam usaha untuk membina sebuah kesatuan rakyat yang kukuh dan harmoni.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNilai nilai Malaysia Madani seiring dengan aspirasi dasar Sabah Maju <\/span>Jaya (SMJ) yang menjadi panduan kerajaan dalam memacu pembangunan negeri ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMelalui dasar ini, kerajaan berusaha memperkukuhkan ekonomi, mempertingkatkan kesejahteraan rakyak dan memperkasa pembangunan yang leslari,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, gabungan nilai-nilai Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya ini adalah manifestasi <\/span>kesungguhan kita untuk melihat Sabah dan Malaysia terus maju dalam suasana yang aman dan makmur.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi kita di Sabah, semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum akan terus dipertahankan dalam usaha bergerak maju ke hadapan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni kerana kesatuan dan perpaduan antara rakyat adalah kunci kepada kejayaan Malaysia amnya dan Sabah khususnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMarilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan dan terus bekerja <\/span>keras demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang makmur, berdaulat, dan dihormati di peringkat antarabangsa\u201d, tegasnya.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, sambutan Hari Malaysia amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mengingati dan merayakan detik bersejarah tanah air yang <\/span>berlaku 61 lahun yang lalu.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, pada ketika itulah termeterainya perjanjian yang menyatukan dua wilayah Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membetuk sebuah negara bangsa yang berdaulat dan merdeka di bawah satu bendera, satu negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSemoga sambutan Hari Malaysia pada tahun ini memberi inspirasi dan kekuatan baharu kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan untuk memastikan masa depan negara yang lebih cemerlang\u201d, katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pembentukan Malaysia membawa banyak nikmat serta manfaat kepada pelbagai lapisan rakyak di seluruh negara dan negeri ini. Ketua&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":25407,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-25592","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25592","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25592"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25592\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25593,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25592\/revisions\/25593"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25407"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25592"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25592"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25592"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}