{"id":25910,"date":"2024-10-01T11:58:40","date_gmt":"2024-10-01T11:58:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=25910"},"modified":"2024-10-01T11:58:40","modified_gmt":"2024-10-01T11:58:40","slug":"guna-guni-untuk-elak-barang-tercicir-rafida","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/guna-guni-untuk-elak-barang-tercicir-rafida\/","title":{"rendered":"Guna Guni Untuk Elak Barang Tercicir &#8211; Rafida"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Perjalanan hampir tujuh jam dari Sandakan ke Kota Kinabalu membuatkan Rafida Zaiddin, 19, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) memutuskan untuk menggunakan guni sebagai alternatif bagi mengelakkan barangannya tercicir, tanpa menyangka tindakan it tular di media sosial baru-baru ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu berkata barang yang dibawa agak banyak yang menyukarkan pergerakan menyebabkan bapanya mengambil guni di dapur lalu memasukkan separuh barangan tersebut ke dalamnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Rafida berkata syarat kemasukan yang mengehadkan hanya dua beg sahaja boleh dibawa sewaktu mendaftar kolej kediaman turut menjadi sebab mengapa dia menggunakan guni untuk membawa baldi, bantal dan selimut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita saya menggunakan guni bagi membawa barang tular di media sosial, petugas UMS kemudian ada bertemu saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mulanya saya ingin membawa enam beg tetapi hanya dua saja yang dibenarkan jadi saya mengambil inisiatif memasukkan separuh barang saya ke dalam guni itu bagi menjimatkan ruang,&#8221; katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Rafida yang merupakan antara 4,450 pelajar baharu UMS pada sesi ini ditemui pemberita pada Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Pelajar Baru sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2024\/2025 Kali ke-30 di Dewan Canselor, UMs yang disempurnakan Datuk Seri Hajiji Noor hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Anak bongsu daripada dua beradik <\/span>itu tidak menyangka gambar guni yang diambil oleh senior bagi mengurus kemasukan kolej kediaman akan menjadi tular.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, dia tetap terharu dan bersyukur dengan keprihatinan yang diberikan serta ingin menjadikan perkara ini sebagai motivasi dalam meneruskan pengajian bagi membantu kedua orang tuanya yang bekerja sebagai peniaga buah dan suri rumah di Kampung Sim-sim, Sandakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pelajar cemerlang dengan memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekas penuntut Kolej Matrikulasi Labuan itu juga bersyukur dapat menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan yang diminatinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya bercita-cita menjadi akauntan dan berharap dapat membalas balik jasa kedua ibu bapa yang banyak berkorban menghantar saya belajar hingga ke peringkat ini,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Susulan video yang tular itu, Rafida mengakui telah menerima panggilan video daripada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek baru-baru ini selain turut diberikan duit belanja RM3,000 dan menerima panggilan daripada pihak lain mengenai proses biasiswa Kerajaan Sabah yang akan dipercepatkan dalam masa terdekat.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Perjalanan hampir tujuh jam dari Sandakan ke Kota Kinabalu membuatkan Rafida Zaiddin, 19, pelajar Universiti Malaysia Sabah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":25911,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-25910","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25910","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25910"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25910\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25912,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25910\/revisions\/25912"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25911"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25910"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25910"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25910"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}