{"id":26103,"date":"2024-10-13T05:40:03","date_gmt":"2024-10-13T05:40:03","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26103"},"modified":"2024-10-13T05:40:03","modified_gmt":"2024-10-13T05:40:03","slug":"semua-pihak-perlu-promosi-gaya-hidup-sihat-bebas-dadah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/semua-pihak-perlu-promosi-gaya-hidup-sihat-bebas-dadah\/","title":{"rendered":"Semua pihak perlu promosi gaya hidup sihat, bebas dadah"},"content":{"rendered":"<p>KALABAKAN : Gaya hidup sihat dan bebas penyalahgunaan dadah perlu diberikan promosi secara meluas dan mendapat sokongan semua pihak bagi membentuk masa depan negara yang lebih cerah.<\/p>\n<p>Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Samasuddin Yusop berkata, semua pihak perlu menjadi ejen perubahan negara ke arah yang lebih baik dan bebas daripada ancaman dadah.<\/p>\n<figure id=\"attachment_26105\" aria-describedby=\"caption-attachment-26105\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-26105\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/8e9b1569-c7ce-4992-a9e2-58c05c4318e8-300x207.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"207\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/8e9b1569-c7ce-4992-a9e2-58c05c4318e8-300x207.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/8e9b1569-c7ce-4992-a9e2-58c05c4318e8-1024x707.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/8e9b1569-c7ce-4992-a9e2-58c05c4318e8-768x530.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/8e9b1569-c7ce-4992-a9e2-58c05c4318e8.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-26105\" class=\"wp-caption-text\">Samasuddin Yusop<\/figcaption><\/figure>\n<p>Katanya, laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tahun lalu menunjukkan kes penyalahgunaan bahan terlarang di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus terutamanya melibatkan remaja.<\/p>\n<p>\u201cJumlah peningkatan itu adalah satu peringatan jelas bahawa kita perlu terus berusaha keras dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cGenerasi muda adalah tonggak masa depan negara, justeru, mereka harus diberikan kesedaran yang berterusan tentang bahaya dadah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan berkata demikian dalam program Larian Antidadah Untuk Negara sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024, di sini, semalam.<\/p>\n<p>Menurutnya, program larian itu selaras dengan matlamat untuk membasmi penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat, sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat menerusi acara sukan.<\/p>\n<p>\u201cLarian Antidadah Untuk Negara dilihat bukan sekadar sebuah acara sukan, tetapi ia adalah simbol perpaduan dan solidariti kita dalam memerangi musuh nombor satu negara iaitu dadah.<\/p>\n<p>\u201cProgram seperti ini bukan sahaja mendidik, tetapi memberi peluang praktikal kepada kita semua untuk mengambil bahagian dalam kempen memerangi penyalahgunaan dadah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, katanya, HSN yang dianjurkan setiap tahun dapat memberi peluang kepada kita untuk memperkukuhkan kesihatan fizikal dan mental.<\/p>\n<p>Katanya, melalui sukan kita dapat membina masyarakat lebih sihat, cergas, dan produktif, selain salah satu medium untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin bahawa larian hari ini akan menjadi satu titik tolak dan permulaan untuk kita semua menjalani gaya hidup yang lebih sihat.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, kita juga menyuarakan sokongan dalam usaha memerangi dadah kerana bahan terlarang itu merosakkan kehidupan, bukan sahaja individu tetapi juga keluarga dan komuniti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Samasuddin turut menyeru supaya program seperti ini tidak berhenti di sini sahaja dan semua pihak perlu memainkan peranan aktif dalam menyebarkan kesedaran tentang bahaya dadah.<\/p>\n<p>\u201cMelalui pendidikan, pencegahan, dan penglibatan masyarakat, kita boleh mematahkan rantaian penyalahgunaan dadah.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga ingin mencadangkan agar lebih banyak kerjasama dalam menganjurkan program-program kesedaran lain seperti ceramah antidadah, bengkel kesihatan mental, dan aktiviti sukan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengerusi Skuad Anti Dadah Daerah Tawau Saharudin Japarudin berkata, larian ini adalah kesinambungan dan komitmen pihaknya dalam memberikan kesedaran tentang penyalahgunaan dadah.<\/p>\n<p>Katanya, Skuad Antidadah mempunyai komitmen dalam memperkasakan pencegahan dadah melalui kajian ilmiah.<\/p>\n<p>\u201cKami giat mempromosikan Pendaftaran Ahli Skuad Antidadah bagi memastikan lebih ramai golongan belia bersama-sama mengerakkan kesedaran Antidadah khususnya di daerah Tawau dan Kalabakan ini.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, harapan saya adalah supaya Skuad Antidadah dapat menjadi platform yang aktif mengerakkan program kesedaran dengan pelbagai aktiviti bermanfaat khusunya kepada golongan belia,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KALABAKAN : Gaya hidup sihat dan bebas penyalahgunaan dadah perlu diberikan promosi secara meluas dan mendapat sokongan semua pihak bagi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26104,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-26103","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26103","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26103"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26103\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26106,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26103\/revisions\/26106"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26104"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26103"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26103"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26103"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}