{"id":26116,"date":"2024-10-13T11:24:58","date_gmt":"2024-10-13T11:24:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26116"},"modified":"2024-10-13T11:24:58","modified_gmt":"2024-10-13T11:24:58","slug":"wanita-perlu-utamakan-pemeriksaan-secara-lebih-berkala-demi-kesihatan-keluarga-awang-aslee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wanita-perlu-utamakan-pemeriksaan-secara-lebih-berkala-demi-kesihatan-keluarga-awang-aslee\/","title":{"rendered":"Wanita perlu utamakan pemeriksaan secara lebih berkala demi kesihatan keluarga &#8211; Awang Aslee"},"content":{"rendered":"<p class=\"p2\">BEAUFORT : Golongan wanita disaran agar mementingkan aspek kesihatan supaya dapat menjaga keluarga dengan baik.<\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, ini kerana mereka ini merupakan tonggak dalam sebuah keluarga sekali gus memainkan peranan penting melibatkan pelbagai aspek antaranya berkaitan kesihatan keluarga.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Katanya, pemeriksaan kesihatan berkala penting bagi setiap individu dalam mengetahui status kesihatan diri seperti mencegah lebih baik daripada mengubati.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cMasyarakat hari ini sering mengabaikan kesihatan kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab yang mendesak dalam dunia serba pantas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cStatistik menunjukkan wanita lebih terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk tekanan, penyakit jantung, diabetes dan masalah mental,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Awang Aslee merupakan Pengerusi Penasihat Pusat Giat Mara Beaufort<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>berkata, sesetengah pihak hanya mendapatkan rawatan perubatan apabila benar rasa tidak sihat, sehingga terlupa penyakit itu mungkin sudah berkembang tanpa disedari.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">&#8220;Penyakit yang lambat dikesan akibatnya boleh menjadi sangat parah, menyebabkan rawatannya lebih rumit serta mengurangkan peluang untuk pulih sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cPemeriksaan kesihatan secara berkala perlu diusahakan, malah dijadikan sebagai satu aspek asas dalam menjaga kesejahteraan seterusnya menggalakkan masyarakat yang lebih sihat,\u201d jelas Awang Aslee.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Menurutnya, masyarakat perlu menepis tanggapan pemeriksaan kesihatan hanya perlu dilakukan apabila terdapat simptom, atau ia memakan masa yang panjang, atau menyakitkan dan hanya untuk orang tua.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BEAUFORT : Golongan wanita disaran agar mementingkan aspek kesihatan supaya dapat menjaga keluarga dengan baik. Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26117,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-26116","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26116","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26116"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26116\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26118,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26116\/revisions\/26118"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26117"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26116"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26116"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26116"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}