{"id":26187,"date":"2024-10-17T00:28:59","date_gmt":"2024-10-17T00:28:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26187"},"modified":"2024-10-17T00:28:59","modified_gmt":"2024-10-17T00:28:59","slug":"perlawanan-persahabatan-beri-pendedahan-pemain-amir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/perlawanan-persahabatan-beri-pendedahan-pemain-amir\/","title":{"rendered":"Perlawanan persahabatan beri pendedahan pemain &#8211; Amir"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Akademi Bola Sepak Sepanggar (ABSS) mengadakan perlawanan persahabatan dengan TABS SAFA Bandaraya bagi kategori umur B12 dan B10 di padang TABS Sukma di sini, Ahad lalu.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Perlawanan itu berkesudahan dengan pasukan TABS B12 mengatasi ABSS B12 4-1 manakala pasukan TABS B10 menewaskan ABSS B10 3-0.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jurulatih ABSS, Amir Mutteridi berkata, perlawanan persahabatan itu memberi pendedahan kepada pemain-pemainnya selain memberi peluang kepada mereka untuk bermain menghadapi lawan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ini merupakan kali pertama pasukannya bermain di luar dan memilih pasukan TABS untuk program itu bagi menimba pengalaman daripada mereka yang mengendalikan program pembangunan bola sepak dengan baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kami ingin mempelajari sesuatu daripada TABS mengenai pengendalian program pembangunan memandangkan ABSS baru sahaja diwujudkan,&#8221; katanya ketika ditemui di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim, naib pengerusi, S.A Ramlye, Setiausaha TABS, Haji Amsir Abdullah, ketua jurulatih TABS, Ismail Tudiki, Pengerusi ABSS, Jaidi Roslin dan ahli-ahli jawatankuasanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan TABS kerana memenuhi permintaan ABSS untuk mengadakan program perlawanan persahabatan dengan mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, dengan memiliki kejurulatihan yang berpengalaman, pengurusan yang baik dan mempunyai kemudahan fasiliti terutama padang, TABS adalah antara akademi bola sepak di Sabah yang wajar dicontohi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;TABS juga berkolaborasi dengan kelab profesional Sabah FC dan ini merupakan satu kelebihan, yang akademi lain tidak miliki,&#8221; tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Amir menambah keputusan dalam perlawanan persahabatan itu tidak penting bagi mereka kerana mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari pasukan lawan, itu menjadi keutamaan dan matlamat pasukan mereka.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Akademi Bola Sepak Sepanggar (ABSS) mengadakan perlawanan persahabatan dengan TABS SAFA Bandaraya bagi kategori umur B12 dan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26188,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-26187","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26187","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26187"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26187\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26189,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26187\/revisions\/26189"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26188"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26187"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26187"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26187"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}