{"id":26239,"date":"2024-10-19T01:56:56","date_gmt":"2024-10-19T01:56:56","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26239"},"modified":"2024-10-19T01:56:56","modified_gmt":"2024-10-19T01:56:56","slug":"belanjawan-2025-penuhi-keperluan-rakyat-hadapi-kesan-inflasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/belanjawan-2025-penuhi-keperluan-rakyat-hadapi-kesan-inflasi\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2025 penuhi keperluan rakyat hadapi kesan inflasi"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU : Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bertepatan dengan keperluan rakyat terutamanya dalam menghadapi kesan inflasi dan peningkatan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, Belanjawan Madani 2025 ini memberi tumpuan kepada pembangunan mampan dan pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n<p>Katanya, Kerajaan Perpaduan telah mencadangkan pelbagai inisiatif yang akan memberikan manfaat secara langsung kepada seluruh rakyat di negara ini khususnya di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion sangat membantu meringankan beban rakyat yang layak dan kurang berkemampuan.<\/p>\n<p>\u201cBelanjawan ini juga memberi khabar gembira buat kita di Tawau apabila turut diumumkan pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri dengan peruntukan sebanyak RM253 juta,\u201d katanya dalam kenyataan di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, peningkatan peruntukan pendidikan dan Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal &amp; Vokasional (TVET) juga mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan generasi muda bersedia untuk cabaran masa hadapan.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan peruntukan daripada RM6.8 bilion pada tahun 2024 kepada RM7.5 bilion bagi tahun 2025 adalah satu inisiatif untuk meningkatkan daya saing dan memupuk inovasi dalam kalangan belia.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, kesihatan awam juga turut diberi tumpuan apabila mendapat peruntukan kedua terbesar iaitu RM45.3 bilion bagi memastikan tahap kesihatan rakyat terutamanya di Sabah terus terjamin,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, Kerajaan Madani juga memperkenalkan inisiatif hijau bagi memelihara alam sekitar dan membina masyarakat yang lebih mampan.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, kerajaan dilihat komited untuk mengurangkan jejak karbon dan membangunkan ekonomi tenaga boleh diperbaharui di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya Belanjawan 2025 ini akan membawa perubahan positif dan menyokong usaha kita ke arah pembangunan yang inklusif dan berdaya saing,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Suryady menyeru semua pihak supaya bersama-sama menyokong pelaksanaan belanjawan ini demi kebaikan rakyat dan negara.<\/p>\n<p>\u201cMarilah kita bergerak ke arah masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU : Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bertepatan dengan keperluan rakyat terutamanya dalam menghadapi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26240,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-26239","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26239","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26239"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26239\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26241,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26239\/revisions\/26241"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26240"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26239"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26239"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26239"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}