{"id":26257,"date":"2024-10-19T09:20:11","date_gmt":"2024-10-19T09:20:11","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26257"},"modified":"2024-10-19T09:20:11","modified_gmt":"2024-10-19T09:20:11","slug":"kerajaan-akan-bina-3000-rumah-mesra-smj-tahun-hadapan-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-akan-bina-3000-rumah-mesra-smj-tahun-hadapan-hajiji\/","title":{"rendered":"Kerajaan akan bina 3000 Rumah Mesra SMJ tahun hadapan &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) tahun hadapan dengan membina sebanyak 3000 buah rumah dengan kos sebanyak RM250 juta.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, program itu bagi <\/span>membantu rakyat dalam kesusahan dan memerlukan rumah kediaman.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Insya Allah, pada tahun hadapan, sebanyak 3000 rumah seumpamanya akan di bina di kesemua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri dengan kos sekitar RM250 juta&#8221;, katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Madani Rakyat 2024: Sayangi Sabah di Pekarangan Stadium Likas di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, Ekonomi Biru (Blue Economy) merupakan sumber baharu dalam pembangunan ekonomi negara sebagai tambahan kepada aktiviti ekonomi sedia ada, <\/span>menjurus kepada penerokaan khazanah laut yang sangat berpotensi untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui serta lain-lain produk yang berkaitan dengannya.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ekonomi Biru ini diyakini mampu melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri untuk beberapa dekad mendatang. Sub-sektor ekonomi yang bakal kita terokai secara serius ini adalah suatu pendekatan strategik yang mengutamakan penerokaan dan <\/span>pemanfaatan sumber laut secara lestari.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Negeri Sabah kaya dengan khazanah laut yang tidak ternilai, dan potensi ini perlu diterokai dengan bijaksana agar sumber ekonomi negeri dapat terus berkembang sambil kita menjaga dan memelihara eko-sistem laut negeri ini yang kaya dengan pelbagai khazanahnya&#8221;, katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, Program Madani Rakyat yang tercetus dari Gagasan Malaysia Madani adalah usaha kerajaan untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat,<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ia meliputi beberapa inisiatif ke arah membantu mengurangkan beban hidup golongan kurang bernasib baik, termasuk program menoktahkan miskin tegar di dalam negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, Sabah dipilih sebagai lokasi penutup Program Madani Rakyat 2024 setelah ianya dilaksanakan secara jelajah di lima zon seluruh negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa secara langsung membuka ruang dan peluang untuk rakyat memahami dasar-dasar Kerajaan dan segala program pembangunan, disamping memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk rakyat jelata dan golongan akar umbi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Semua yang terdapat di dalam program ini adalah berasaskan kepada keperluan rakyat yang meliputi pelbagai bidang dan sektor yang menjurus kepada pembangunan dan kesejahteraan,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, program murni ini berpaksikan kepada keperluan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa selaras dengan objektifnya yang antara lain untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang disediakan untuk rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cini secara langsung mampu meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan dasar-dasar pembangunan kerajaan&#8221;, tegasnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) tahun hadapan dengan membina sebanyak 3000&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26258,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-26257","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26257","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26257"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26257\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26259,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26257\/revisions\/26259"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26258"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26257"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26257"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26257"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}