{"id":26335,"date":"2024-10-24T06:57:36","date_gmt":"2024-10-24T06:57:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26335"},"modified":"2024-10-24T06:57:36","modified_gmt":"2024-10-24T06:57:36","slug":"harga-tiket-penerbangan-sabah-kl-mahal-kadang-kala-naik-sehingga-rm1700-bung-moktar-gesa-kerajaan-kawal-harga-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/harga-tiket-penerbangan-sabah-kl-mahal-kadang-kala-naik-sehingga-rm1700-bung-moktar-gesa-kerajaan-kawal-harga-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Harga tiket penerbangan Sabah-KL mahal kadang kala naik sehingga RM1,700, Bung Moktar gesa kerajaan kawal harga &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUALA LUMPUR : Isu tiket penerbangan antara Sabah ke Semenajung Malaysia yang disifatkan terlalu tinggi berbangkit semula di Dewan Rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat semalam turut menyentuh isu itu dan menzahirkan kebimbangan kos penerbangan yang tinggi dari Sabah ke Semenanjung Malaysia sehingga membebankan rakyat di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya antara yang terkesan ialah mereka yang melancong ke semenanjung untuk tujuan perniagaan dan tujuan lain termasuk pelajar yang menuntut di semenanjung Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHarga tiket penerangan ini jika dibandingkan lebih murah untuk penerbangan ke luar negara berbanding dari Sabah ke Semananjung Malaysia\u201d katanya<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Bung merupakan Pengerusi Barisan Nasional Sabah harga tiket ke Singapura dan Filipina hanya sekitar RM700 dan ke Indonesia RM600, tetapi harga tiket ke Sabah RM1,700.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHarga ini keterlaluan dan membebankan rakyat yang sering berulang alik antara Sabah dan Semanjung Malaysia,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar menggesa Menteri Pengangkutan menangani isu tersebut, sambil menekankan beban yang ditanggung rakyat Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni belum memasuki hari-hari perayaan seperti hariraya aidilfitri, kirismas dan tahun baru mungkin harganya melambung lebih tinggi dari sekarang, dan isu ini bukan isu baru malah saya banyak kali membawa isu ini dalam pesidangan dewan rakyat sebelum ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bulan lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa kerajaan akan meneruskan dua inisiatif subsidi untuk pembelian tiket penerbangan domestik bagi membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Inisiatif ini termasuk subsidi berterusan untuk pelajar institusi pengajian tinggi yang menggunakan laluan domestik (FLYsiswa) dan dasar had harga untuk penerbangan semasa musim perayaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada Disember tahun lalu, kabinet meluluskan cadangan untuk mensubsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala melebihi RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan semasa cuti Krismas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Polisi ini juga akan digunakan untuk musim perayaan lain, seperti Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai, selama tiga hari setiap satu.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR : Isu tiket penerbangan antara Sabah ke Semenajung Malaysia yang disifatkan terlalu tinggi berbangkit semula di Dewan Rakyat&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26336,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-26335","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26335","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26335"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26335\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26337,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26335\/revisions\/26337"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26336"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26335"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26335"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26335"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}