{"id":26460,"date":"2024-10-30T03:20:47","date_gmt":"2024-10-30T03:20:47","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26460"},"modified":"2024-10-30T03:20:47","modified_gmt":"2024-10-30T03:20:47","slug":"sabah-yakin-capai-30-peratus-tpa-menjelang-2025-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-yakin-capai-30-peratus-tpa-menjelang-2025-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah yakin capai 30 peratus TPA menjelang 2025 &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Sabah mencapai sasaran memperluas Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kepada 30 peratus daripada keluasan tanah Sabah atau kira-kira 2.2 juta hektar, menjelang tahun 2025.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pada masa ini Jabatan Perhutanan Sabah sedang mengenal pasti kawasan seluas lebih kurang 220,000 hektar untuk diwartakan sebagai kawasan TPA, dalam usaha untuk mencapai sasaran 30 peratus TPA tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, Jabatan Perhutanan Sabah mencapai sasarannya termasuk peningkatan TPA kepada 2.0 juta hektar, atau kira-kira 27.3 peratus daripada keseluruan keluasan tanah Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJabatan ini juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuat pindaan kepada Enakmen Hutan 1968, Pindaan ini penting untuk memodenkan tadbir urus hutan Sabah dan perundangan berkaitan perhutanan, untuk memastikan ia selaras dengan realiti semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cLegasi Jabatan Perhutanan Sabah sepanjang 110 tahun yang lalu memberikan asas yang kukuh untuk perubahan yang diperlukan ini, dan mencerminkan komitmen Sabah untuk menyesuaikan diri kepada cabaran dunia moden,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-20 Harmonizing Forestry Towards Sustainability \u2019dan sambutan Ulang Tahun Ke-110 Jabatan Perhutanan Sabah di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p4\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, antara pencapaiannya ialah memuktamadkan Pelan Induk Hutan Negeri Sabah termasuk melancarkan Pelan Tindakan Strategik Sabah Ke-2 dan Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan selama 15 tahun dari 2022 sehingga 2036.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHari ini, satu lagi kejayaan Jabatan Perhutanan Sabah iaitu pelancaran Pelan Tindakan Bakau Sabah (SMAP), yang dihasilkan dengan usaha bersama Tabung Hidupan Liar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSedunia (WWF) Sabah melancarkan objektif untuk menyediakan garis panduan dan arah transformasi untuk perancangan dan pengurusan hutan bakau di Sabah,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, Jabatan Perhutanan Sabah dilantik sebagai Sekretariat untuk Majlis Tindakan Perubahan Iklim Sabah (SCAC) bagi memacu agenda perubahan iklim negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMajlis Tindakan ini menyelaras usaha untuk mengurangkan serta menyesuaikan diri dengan perubahan iklim, mengintegrasikan perhutanan ke dalam strategi iklim secara lebih luas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai contoh, jualan kredit karbon daripada Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut ataupun lebih dikenali sebagai Kuamut Rainforest Conservation Project (KRCP) di Sabah menerusi Bursa Carbon Exchange (BCX) merupakan penjualan kredit karbon pertama Malaysia di bawah BCX,\u201d kata Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut menjana lebih kurang 4.2 juta Unit Karbon Disahkan ataupun Verified Carbon Units (VCUs).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengenai persidangan itu, beliau berharap agar semua peserta dapat terlibat aktif dalam perbincangan dan berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing bagi memastikan sektor perhutanan kekal memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dan kelestarian alam sekitar.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Sabah mencapai sasaran memperluas Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kepada 30 peratus daripada keluasan tanah Sabah atau kira-kira&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26461,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-26460","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26460","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26460"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26460\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26462,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26460\/revisions\/26462"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26461"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}