{"id":26505,"date":"2024-11-02T07:20:54","date_gmt":"2024-11-02T07:20:54","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26505"},"modified":"2024-11-02T07:20:54","modified_gmt":"2024-11-02T07:20:54","slug":"tamu-besar-tarikan-pelancong-eratkan-perpaduan-rakyat-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tamu-besar-tarikan-pelancong-eratkan-perpaduan-rakyat-hajiji\/","title":{"rendered":"Tamu besar tarikan pelancong, eratkan perpaduan rakyat &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA BELUD : Tamu Besar Kota Belud bukan saja mampu menarik kehadiran pelancong malah turut mengangkat keindahan dan keunikan keelbagaian budaya tempatan yang ada di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong dan membangunkan potensi setiap daerah di Sabah termasuk memajukan sosioekonomi, pelancongan dan kebudayaan masyarakatnya yang unik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSudah pasti penganjuran tamu besar secara tahunan ini berperanan besar dalam menarik pelancong selain mempromosikan keindahan budaya tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTamu besar ini juga menjadi lambang perpaduan kerana tamu adalah medan pertemuan sosial rakyat berbilang kaum dan agama seperti masyarakat Bajau, Kadazandusun, Iranun dan Cina, yang terus kekal sehingga kini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada setiap agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan,\u201d katanya sempena Tamu Besar Kota Belud 2024 di Padang Pekan Kota Belud, di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan majlis perasmian Tamu Besar Kota Belud 2024.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pelbagai pengisian telah disusun sempen Tamu Besar Kota Belud tahun ini, antaranya persembahan kebudayaan, sukan rakyat, pameran dan jualan produk kraf, komuniti, serta tradisional.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri terus komited untuk memperhebat pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan yang inklusif, khususnya dalam memperluas rangkaian promosi pelancongan dan mengembangkan jaringan laluan udara ke negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, langkah ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti Sabah sebagai destinasi yang mampu menawarkan pengalaman pelancongan yang paling menarik bagi pelancong domestik mahupun antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Berdasarkan statistik Lembaga Pelancongan Sabah, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini dari Januari hingga Ogos adalah kira-kira 2.1 juta orang dengan pelancong antarabangsa seramai 867,231 manakala 1.2 juta adalah pelancong domestik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni menunjukkan potensi besar Sabah sebagai destinasi pelancongan, dan saya yakin dengan perancangan strategik yang telah diatur, jumlah kedatangan pelancong ke Sabah akan terus mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKota Belud adalah antara destinasi yang menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan, termasuk pengembaraan, rekreasi, budaya, dan alam semula jadi dengan lebih daripada 30 lokasi pelancongan yang menarik untuk diterokai termasuk di pulau dan sungai,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, beliau berkata Tamu Kota Belud merupakan salah satu tamu tertua di Sabah yang telah menjangkau lebih daripada 100 tahun usianya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTamu Kota Belud bukan sekadar pusat perdagangan, tetapi juga tempat pembuatan dan penjualan pelbagai produk tempatan seperti hasil pertanian, makanan tradisi, kraftangan, parang, peralatan muzik, serta busana tradisi. Di sini, pengunjung boleh mendapatkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan,\u201d katanya<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD : Tamu Besar Kota Belud bukan saja mampu menarik kehadiran pelancong malah turut mengangkat keindahan dan keunikan keelbagaian&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26506,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-26505","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26505","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26505"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26505\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26507,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26505\/revisions\/26507"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26505"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26505"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26505"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}