{"id":26512,"date":"2024-11-03T01:58:52","date_gmt":"2024-11-03T01:58:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26512"},"modified":"2024-11-03T01:58:52","modified_gmt":"2024-11-03T01:58:52","slug":"kdm-kiulu-syor-kerajaan-hentikan-segera-pengiktirafan-surat-akuan-bersumpah-untuk-proses-dokumentasi-pengenalan-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kdm-kiulu-syor-kerajaan-hentikan-segera-pengiktirafan-surat-akuan-bersumpah-untuk-proses-dokumentasi-pengenalan-diri\/","title":{"rendered":"KDM Kiulu syor kerajaan hentikan segera pengiktirafan Surat Akuan Bersumpah untuk proses dokumentasi pengenalan diri"},"content":{"rendered":"<p>TUARAN: Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Henry Saimpon mengesyorkan agar kerajaan segera memberhentikan buat sementara &#8216;pengiktirafan&#8217; Surat Akuan Bersumpah atau Akuan Berkanun yang digunakan untuk tujuan proses dokumentasi pengenalan diri.<\/p>\n<p>Beliau berkata langkah drastik itu penting susulan laporan peningkatan mendadak jumlah pemohon dokumen pengenalan diri yang dikaitkan dengan warga asing menggunakan dokumen Surat Berkanun atau Surat Akuan Bersumpah.<\/p>\n<p>Surat Akuan Bersumpah ialah prosedur yang digunakan untuk membuat akuan dengan kepercayaan bahawa sebarang maklumat yang tersebut dalam Surat Akuan\/ Sumpah adalah benar dan menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.<\/p>\n<p>Henry berkata KDM Kiulu memandang serius perkara itu apatah lagi Sabah sudah sekian lama bergelut dengan masalah kebanjiran orang asing dan projek IC.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab itu, kerajaan perlu bertindak segera membetulkan keadaan, termasuk menghentikan sementara pengiktirafan Surat Akuan Bersumpah bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.<\/p>\n<p>&#8220;Jika amalan ini tidak dibendung segera, kita khuatir ia akan menjejaskan kepentingan orang tempatan pada masa akan datang,&#8221; katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, bagi orang tempatan,\u00a0mereka biasanya tidak menghadapi masalah untuk mendaftar anak-anak atau pun orang dewasa yang tinggal di kawasan terpencil untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.<\/p>\n<p>&#8220;Apa yang merisaukan ialah cubaan warga asing menyalahgunakan dokumen Surat Akuan Bersumpah di mana mereka mengaku orang tempatan untuk mempermudahkan urusan mendapatkan dokumen pengenalan diri,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Henry berkata KDM Kiulu juga mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada terdapat pemegang dokumen digital yang diberikan oleh kerajaan terlibat menyalahgunakan Surat Akuan Bersumpah untuk memperolehi dokumen pengenalan diri.<\/p>\n<p>Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menasihatkan Pesuruhjaya Sumpah dan pihak berkuasa lain supaya berhati-hati dalam mengesahkan akuan berkanun (SD), memetik dakwaan penyalahgunaan dokumen oleh warga asing.<\/p>\n<p>Kitingan turut menunjukkan tiga salinan SD yang didakwa sedemikian yang mana pemohon ingin pengisytiharan itu menjadi dokumen sokongan kepada proses dokumentasi pengenalan diri mereka.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN: Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Henry Saimpon mengesyorkan agar kerajaan segera memberhentikan buat sementara &#8216;pengiktirafan&#8217; Surat&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26513,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-26512","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26512","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26512"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26512\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26514,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26512\/revisions\/26514"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26513"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26512"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26512"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26512"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}