{"id":26515,"date":"2024-11-03T04:06:01","date_gmt":"2024-11-03T04:06:01","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26515"},"modified":"2024-11-03T04:06:01","modified_gmt":"2024-11-03T04:06:01","slug":"kerjasama-ngo-dan-swasta-bantu-rakyat-kurang-bernasib-baik-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerjasama-ngo-dan-swasta-bantu-rakyat-kurang-bernasib-baik-hajiji\/","title":{"rendered":"Kerjasama NGO dan swasta bantu rakyat kurang bernasib baik &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Usaha kerajaan untuk terus memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat khususnya golongan yang kurang bernasib baik, memerlukan kerjasama serta sokongan daripada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), korporat dan sektor swasta.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, justeru usaha Yayasan Kasih Suria melaksanakan pelbagai program dan kerja amal sejak lebih 30 tahun lalu termasuk melalui pendidikan, kebajikan dan sosioeknomi, memberi manfaat besar kepada masyarakat yang memerlukannya di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, konset amal dilaksanakan yayasan bertepatan terhadap keperluan rakyat Malaysia sebagai masyarakat prihatin dan berbudi pekerti tinggi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cInisiatif orang persendirian, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan syarikat korporat membantu mengadakan program kebajikan dan amal begini perlu dicontohi dan disokong sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSehubungan itu saya menyeru agar lebih banyak lagi syarikat swasta dan badan korporat untuk tampil memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini,\u201d katanya sempena Konsert Amal Yayasan Kasih Suria di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Teksnya disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Arif.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji merakamkan tahniah atas usaha Yayasan Kasih Suria yang diketuai Datuk Raya Erom, dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan di negeri ini, menerusi pelbagai program yang diadakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ini termasuklah melalui pelbagai usaha-usaha dilakukan seperti mewujudkan Rumah Kebajikan Suria yang memberi tempat perlindungan kepada anak-anak yatim, hingga kepada Pusat Seni Suria yang memberikan platform kepada belia mengembangkan bakat seni mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cYayasan ini juga mewujudkan Sekolah Agama Suria di Tuaran menjadi pusat bimbingan ilmu agama, memberi manfaat besar kepada komuniti tempatan,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, kerajaan memang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu serta memberi keselesaan bagi mengurangkan beban golongan yang tidak bernasib baik dari semasa ke semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPenganjuran majlis ini sangat bertepatan dengan usaha kerajaan khususnya salah satu teras dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita maklum, tidak semua dalam kalangan ahli masyarakat kita yang bernasib baik dan hidup dalam keadaan yang selesa,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, usaha kerajaan tidak memadai dan ia perlu disokong masyarakat secara keseluruhan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam hal ini, semua pihak perlu terlibat dalam program kebajikan dan kemasyarakatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSumbangan menerusi konsert amal ini dapat digunakan sebaik-baiknya memperkasakan lagi program dijalankan, terutamanya bagi menaik taraf fasiliti Sekolah Agama Suria dan untuk memastikan lebih banyak lagi komuniti menerima manfaat,\u201d kata Hajiji.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Usaha kerajaan untuk terus memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat khususnya golongan yang kurang bernasib baik, memerlukan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":25607,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-26515","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26515","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26515"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26515\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26516,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26515\/revisions\/26516"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25607"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26515"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26515"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26515"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}