{"id":26546,"date":"2024-11-04T22:44:22","date_gmt":"2024-11-04T22:44:22","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26546"},"modified":"2024-11-04T22:44:22","modified_gmt":"2024-11-04T22:44:22","slug":"penglibatan-belia-di-peringkat-akar-umbi-terus-diperhebatkan-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penglibatan-belia-di-peringkat-akar-umbi-terus-diperhebatkan-hajiji\/","title":{"rendered":"Penglibatan belia di peringkat akar umbi terus diperhebatkan &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TAWAU : Karnival Anak Muda SMJ Kalabakan adalah antara usaha dan langkah kerajaan dalam memperbanyakkan program yang melibatkan belia di peringkat akar umbi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, usaha ini juga adalah manifestasi kerajaan untuk memartabatkan golongan belia di seluruh negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ini selaras dengan aspirasi teras kedua pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), iaitu Pembangunan Modal Insan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBelia merupakan aset yang amat penting untuk negara malah golongan ini adalah generasi pewaris masa depan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAtas sebab itu, saya amat mengalu-alukan program Karnival Anak Muda seperti ini yang sudah pasti memberi manfaat kepada golongan belia khususnya di daerah ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMasa depan negara dan rakyat kita adalah di tangan generasi muda masa kini, iaitu belia. Oleh itu, penglibatan belia di peringkat akar umbi akan terus diperhebatkan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Teks ucapannya disampaikan Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, kerajaan juga sentiasa terbuka untuk mendengar aspirasi anak-anak muda di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia yang meliputi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial, pada tahun ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cProgram ini juga antara lain untuk melahirkan pemimpin belia yang berkualiti tinggi,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya,<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>selain itu kerajaan turut membelanjakan jumlah yang besar untuk menyediakan pelbagai inisiatif dalam aspek pendidikan seperti menyediakan biasiswa, dermasiswa dan pinjaman. pendidikan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni bagi memastikan anak-anak kita dapat meneruskan pengajian mereka hingga ke tahap lebih tinggi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDi samping itu, kerajaan turut menyediakan Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan Yayasan Kebajikan Sabah, termasuk beberapa insentif lain dengan objektif untuk membantu rakyat yang amat memerlukan bantuan segera, terutama mereka yang berada dalam kategori B40 dan M40,\u201d kata Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berharap agar golongan belia sentiasa bersama dan menyokong kerajaan untuk menjayakan agenda besar pembangunan negeri ini iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBanyak yang telah, sedang dan akan kita laksanakan menerusi agenda Hal Tuju SMJ. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cOleh itu, golongan belia kita perlu membantu untuk menguar-uarkan segala inisiatif dan program yang dilaksanakan kerajaan hingga ke peringkat akar umbi,\u201d tambah Hajiji.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU : Karnival Anak Muda SMJ Kalabakan adalah antara usaha dan langkah kerajaan dalam memperbanyakkan program yang melibatkan belia di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":16704,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-26546","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26546","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26546"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26546\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26547,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26546\/revisions\/26547"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16704"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26546"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26546"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26546"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}