{"id":26551,"date":"2024-11-04T23:35:59","date_gmt":"2024-11-04T23:35:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26551"},"modified":"2024-11-04T23:35:59","modified_gmt":"2024-11-04T23:35:59","slug":"yusof-apdal-sahkan-bertanding-jawatan-yang-dipertua-usia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/yusof-apdal-sahkan-bertanding-jawatan-yang-dipertua-usia\/","title":{"rendered":"Yusof Apdal sahkan bertanding jawatan Yang Dipertua USIA  \u00a0"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal mengesahkan akan bertanding jawatan Yang Dipertua USIA pada Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA kali ke-38 pada 7 Disember tahun ini.<\/p>\n<p>Setelah menerima surat pengesahan layak bertanding, Yusof berkata keputusan Bahagian-bahagian USIA yang mencalonkan beliau untuk menerajui Pertubuhan itu bagi sesi 2025-2027, sewajarnya dihargai.<\/p>\n<p>&#8216;Saya dengan ini mengesahkan untuk bertanding jawatan Yang Dipertua, sebagai menghargai pencalonan yang dibuat oleh Bahagian-bahagian, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.<\/p>\n<p>Yusof berkata pencalonan-pencalonan yang diterima menunjukkan kematangan Bahagian-bahagian USIA dalam menegakkan demokrasi dalam Pertubuhan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Bahagian-bahagian yang telah menamakan saya sebagai calon Yang Dipertua USIA,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Yusuf berkata niat dan matlamatnya untuk bertanding adalah untuk melonjakkan semula peranan USIA dalam bidang dakwah dengan azam supaya USIA KEMBALI KE PANGKAL JALAN.<\/p>\n<p>&#8220;Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dakwah USIA tidak serancak sebelumnya.<\/p>\n<p>&#8220;Ahli-ahli USIA di peringkat Bahagian sering tertanya-tanya mengapakah perkara seperti ini berlaku, sedangkan dakwah merupakan &#8216;Core Business&#8217; USIA.<\/p>\n<p>Terpanggil dengan rintihan mereka ini, maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi di dalam USIA,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Naib Yang Dipertua Kanan USIA, Madaile Basri turut mengesahkan untuk bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua USIA.<\/p>\n<p>Madaile akan berganding dengan Yusof bertekad untuk menjadikan USIA lebih berperanan sebagai NGO Islam yang melaksanakan dakwah mengikut acuannya sendiri.<\/p>\n<p>Madaile turut menzahirkan kekecewaan kerana USIA yang ada sekarang seolah-olah kehilangan arah untuk melaksanakan gerakan dakwah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal mengesahkan akan bertanding jawatan Yang Dipertua USIA pada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26552,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-26551","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26551","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26551"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26551\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26553,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26551\/revisions\/26553"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26552"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26551"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26551"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26551"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}