{"id":26614,"date":"2024-11-08T02:10:11","date_gmt":"2024-11-08T02:10:11","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26614"},"modified":"2024-11-08T02:10:11","modified_gmt":"2024-11-08T02:10:11","slug":"sabah-sambut-baik-keputusan-mahkamah-agung-perancis-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-sambut-baik-keputusan-mahkamah-agung-perancis-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyambut baik berita berkenaan yang dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam akaun media sosialnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, Kerajaan Sabah menegaskan bahawa tidak mengiktiraf sebarang tuntutan terhadap Sabah kerana kami adalah sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Azalina atas usaha membatalkan Award Akhir arbitrator Sepanyol itu,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azalina dalam media sosial beliau menggambarkan keputusan itu sebagai kemenangan bersejarah dan penting bagi negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azalina dalam kenyataan berkata, Malaysia kini akan memfokus kepada usaha untuk membatalkan Award Akhir yang diperoleh kumpulan berkenaan di Perancis secepat mungkin.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKeputusan itu merupakan kemenangan penting buat Malaysia dalam strategi keseluruhannya untuk menghalang usaha penguatkuasaan award itu secara tidak sah di seluruh dunia oleh kumpulan yang membuat tuntutan (dan pembiaya mereka iaitu Therium) setakat ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUsaha untuk memeras ugut rakyat Malaysia telah gagal dan Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin,\u201d katanya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kelmarin, Mahkamah Agung Perancis telah menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan itu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau menyifatkan ia sebagai kemenangan bersejarah buat Malaysia kerana keputusan penting itu bermakna asas awal yang membawa kepada Award Akhir iaitu Malaysia perlu membayar pampasan kira-kira US$15 bilion tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Prosiding di Mahkamah Rayuan Paris akan diteruskan dalam masa terdekat untuk membatalkan Award Akhir yang dikeluarkan oleh Dr (Gonzalo) Stampa dan menyelesaikan isu itu secara muktamad dengan keputusan yang memihak kepada rakyat Malaysia,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azalina menyambut baik keputusan bersejarah yang dibuat oleh Mahkamah Agung Perancis itu dan menyifatkan ia sebagai kejayaan amat bermakna bagi kedaulatan undang-undang yang akan membantu memelihara kesucian proses timbang tara antarabangsa sebagai satu alternatif dalam penyelesaian pertikaian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan dan kepercayaan beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha berterusan untuk menegakkan pendirian Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebelum ini, lapan warga Filipina mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang sudah tidak wujud memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut berbilion dolar AS daripada Malaysia berhubung isu membabitkan Sabah dan sebuah mahkamah di Madrid pada Mac 2019 telah melantik Stampa sebagai penimbang tara bagi kes itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada 28 Feb 2022, Stampa telah membuat keputusan yang memihak kepada kumpulan itu dan mengeluarkan Award Akhir sebanyak US$14.9 bilion hasil daripada timbang tara tidak sah meskipun pelantikan beliau sebagai penimbang tara telah dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan Award Akhir itu, kumpulan Sulu berkenaan telah dilaporkan cuba menyita aset syarikat minyak Malaysia iaitu Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada 17 Mei lepas, Malaysia telah dimaklumkan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Madrid yang menolak rayuan Stampa dan mengekalkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya serta perintah yang melarang beliau bertindak sebagai penimbang tara selama setahun.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":25407,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-26614","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26614","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26614"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26614\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26615,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26614\/revisions\/26615"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25407"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26614"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26614"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26614"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}