{"id":26776,"date":"2024-11-17T10:30:07","date_gmt":"2024-11-17T10:30:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26776"},"modified":"2024-11-17T10:30:07","modified_gmt":"2024-11-17T10:30:07","slug":"parti-komponen-grs-perlu-perkukuh-hubungan-baik-perpaduan-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/parti-komponen-grs-perlu-perkukuh-hubungan-baik-perpaduan-hajiji\/","title":{"rendered":"Parti Komponen GRS Perlu Perkukuh Hubungan Baik, Perpaduan &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menjadi rakan kongsi perlu memperkukuh hubungan baik demi perpaduan dan kecemerlangan bersama, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji merupakan Ketua Menteri Sabah berkata lapan parti yang bergabung dalam GRS termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP) merupakan gabungan parti-parti politik terbesar di Sabah pada masa ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata melalui gabungan itu sudah menunjukkan kesatuan dan kekuatan GRS dalam perjuangan sekali gus mencerminkan kesediaan, kesatuan dan solidariti orang Sabah dalam memperjuangkan hak negeri dan rakyat berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya ingin mengajak rakan-rakan dalam<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">LDP selaku ahli parti komponen GRS agar melihat kerangka perjuangan yang lebih<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">besar dalam apa juga gerakan dan tindakan,&#8221; katanya ketika berucap pada persidangan dan pemilihan LDP di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, Hajiji berkata GRS kini turut berdepan cabaran dengan pelbagai fitnah dan taktik pihak yang tidak<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan GRS dan PH plus.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata semua pembohongan dan fitnah yang disebarkan itu bukan sahaja perlu disangkal tetapi wajar dipatahkan<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">agar rakyat tidak terus tertipu atau termakan hasutan hasil perbuatan yang ingin menjatuhkan kerajaan secara kotor serta tidak bermoral.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya yakin LDP mampu memainkan peranan yang penting dalam membendung dan memerangi segala dakyah dan taktik kotor yang digembar-gemburkan oleh pembangkang,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata LDP sentiasa memberi sokongan penuh kepada GRS yang dipimpin oleh Hajiji untuk memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya negeri yang akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata dengan sokongan itu, Sabah akan terus memiliki autonomi lebih besar untuk menjaga kepentingan negeri Sabah dan suara didengari serta keperluan negeri dipenuhi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Misi kita sekarang adalah untuk menunjukkan keikhlasan kita demi mendapatkan kepercayaan rakyat, adalah penting untuk meletakkan calon-calon yang boleh menang dan mendapat sokongan rakyat,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Parti komponen GRS terdiri Gagasan Rakyat, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanan Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), LDP dan Parti Cinta Sabah (PCS).<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menjadi rakan kongsi perlu memperkukuh hubungan baik demi perpaduan dan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26777,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-26776","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26776","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26776"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26776\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26778,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26776\/revisions\/26778"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26777"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26776"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26776"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26776"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}